top of page

'Terminal Sekinchan' Jadi Lokasi Wajib Kunjungan Ke Sekinchan




Terminal Sekinchan yang menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah-tengah sawah di Parit 5 bakal menjadi tarikan baharu kepada sektor pelancongan di Sekinchan dan Selangor.

Sehingga kini dianggarkan lebih 30,000 pengunjung singgah berhampiran terminal itu yang bakal dibangunkan sebagai Premium Outlet Cafe pada masa akan datang.


Kawasan itu menjadi tumpuan untuk OOTD kepada pengunjung yang datang ke Sekinchan kerana ia suasana unik yang menawarkan pemandangan cantik sawah padi.


Terminal Sekinchan mendapat promosi tersendiri apabila rata-rata pengunjung merakam gambar termasuk penggunaan dron untuk dimuat naik di media sosial masing-masing.





Ia turut mendapat liputan media tempatan dan turut tular di media sosial sehingga peringkat antarabangsa.


Pada masa kini kerja pembangunan dan ubah suai sedang giat dijalankan pihak swasta yang terlibat dalam sektor pelancongan.


Pesawat itu dibawa ke Sekinchan pada 16 April 2022 menggunakan jalan darat. Mengikut rekod pesawat itu didaftarkan pada 18 Jun 1981 dan sudah berusia lebih 40 tahun.



Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut

11.00 Pagi

14 Jun 2023

Comments


bottom of page