top of page

Ini Sebabnya Anda MESTI Kunjungi Sekinchan SEKARANG...




1. Pada ketika ini sawah padi di Sekinchan (MAC 2023) sedang melalui penanaman semula dengan suasana menghijau bagaikan saujana mata memandang.

Ia Memang sesuai dan bagus untuk OOTD. Jika tepat pada waktunya anda mendapat suasana yang mempersonakan seolah-olah di negara luar. Panorama sawah padi di Sekinchan dan sekitarnya sering menggamit perhatian jurugambar amatur dan profesional selain tumpuan pengambaran drama dan filem.


2. Ada banyak tempat makanan dan menawarkan pelbagai citarasa seperti makanan laut dan yang unik seperti mentarang, ikan segar dan minuman air kelapa. Lebih menyeronokkan menikmati makanan sambil menyelami keindahan alam.


3. Pelbagai tempat penginapan seperti inap desa dan hotel yang menawarkan pada harga terbaik.





4. Boleh berbasikal sambil mengelilingi sawah padi.


5. Ada pusat sehenti menjual produk IKS dan makanan tradisional seperti bahulu, kerepek dan pelbagai lagi di Wisma MASRI di Parit 7 Sungai Leman Sekinchan. INFO LANJUT > https://mhp2020.blogspot.com/





6. Boleh menikmati suasana senja dan bayu laut di Pantai Sungai Redang, malahan boleh mengunjungi taman tema air yang ada di sini.


Anda masih boleh berkelah sambil bermain sand castle bersama anak-anak, memancing, bermain layang-layang, dan makan aiskrim sambil menunggu matahari terbenam.





7. Melawat Galeri Padi


Galeri Padi Sekinchan terletak di Jalan Tali Air 5. Bangunannya yang besar dan dikelilingi sawah padi memang senang untuk dilihat walau dari jauh lagi. Di sini anda boleh mempelajari dan melihat bagaimana beras dihasilkan dan membeli beras di sana.


8. Sambil mengelilingi sawah padi boleh lihat kapal terbang di tengah sawah yang kini masih dalam proses dijadikan satu lagi kawasan menarik.





9. Sekinchan menjadi kampung pertama di dalam negara yang menyediakan pembayaran tanpa tunai (Kod QR) kepada pelancong bandar dan pelawat celik digital, setelah melancarkan Tahun Melawat Sekinchan 2023.


Inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) di bawah kempen Projek Cashless Kampung yang dilancarkan pada Julai 2022.





Sumber Foto : Mohd Ezli Mashut

Comments


bottom of page