top of page

Alami Keunikan Dan Keindahan Pantai Redang Sekinchan




Pantai Redang merupakan satu-satunya pantai yang terdapat di Sekinchan yang mempunyai keunikan dan keindahannya yang tersendiri.

Kawasan pantainya sesuai dijadikan lokasi untuk bergambar dan menikmati keindahan panorama semasa matahari terbenam.


Orang ramai dan kanak-kanak boleh bermain layang-layang kerana angin pantainya yang kuat dan ada layang-layang dijual di kawasan pantai ini.


Tempat ini memang menjadi antara lokasi tumpuan pada hari minggu kerana ramai yang inginkan ketenangan selepas penat bekerja.


Kemudahan kawasan tempat letak kereta yang banyak dan disediakan tandas memudahkan orang ramai ke sini.


Yang bagusnya masuk adalah percuma dan tempat letak kereta senang un tuk diperolehi. Sementara ada banyak gerai makanan dan cendermata diwujudkan di sekeliling kawasan ini.


Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor


Bayaran Masuk: Percuma






Comments


bottom of page