top of page

Pesawat Boeing 727 'Mendarat' Di Tengah Sawah Sekinchan, Jadi Tarikan Baharu


Sumber Foto; MySekinchan



Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikatakan 'mendarat' di tengah-tengah sawah di Sekinchan Selangor.

Sebenarnya ia bukanlah mendarat dalam erti kata sebenarnya tetapi 'mendarat' dengan dibawa 'khas' ke Sekinchan menggunakan jalan darat.


Selepas melalui perjalanan panjang lebih 400 kilometer dari Lapangan Terbang Senai akhirnya ia tiba dilokasinya terletak di Ban 3 Parit 5 Sekinchan.


Kisah itu mendapat perhatian warga maya dan cerita itu semakin tular. Persoalannya apakah jenis pesawat itu dan berapa umurnya?


Hasil kajian dan analisis melalui carian di laman sesawang pesawat mendapati ia adalah jenis Boeing 727-277 yang sudah berumur 40 tahun 9 bulan mengikut rekod pendaftaran (manufacture date) pada 18 Jun 1981.





Mengikut data berkenaan pesawat berkenaan bermula dengan Ansett Airlines of Australia pada 25 Jun 1981 dan seterusnya beberapa syarikat penerbangan dunia termasuk Neptune Air dan Pos Malaysia.


Pesawat berkenaan berada di lokasi terakhirnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di bawah MATA Aircraft Maintenance.


Berikut disertakan foto-foto pesawat berkenaan yang ditangkap layar di laman sesawang Jetphotos.com, Planespotter.net semasa ia berkhidmat.










Info Pesawat :


CN/MSN: 22643

LINE No: 1762

Registration: 9M-NEP

Airline: Neptune Air

Delivery Date: 2009-10-06

Engine Model: JT8D-15(HK3)







Pesawat yang berada di Ban 3 Parit 5 Sekinchan pada 16 April 2022. Sumber Foto:MySekinchan



Pesawat yang berada di Ban 3 Parit 5 Sekinchan pada 16 April 2022. Sumber Foto:MySekinchan

Comments


bottom of page