top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Sejuta Pelancong Disasar Kunjungi Sabak Bernam, Restoran Kapal Terbang Tarikan Baru




PELANCONGAN | Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyasarkan mampu menarik sejuta pelancong mengunjungi daerah itu pada tahun 2022, kata Yang Dipertuanya.

Sinar Harian pada 19 Mei 2022/Khamis melaporkan Azman Dahlan berkata, terdapat peningkatan ketara pelancong luar melawat daerah itu terutama pada cuti umum berikutan pembukaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).


"Kita sedang berusaha menggiatkan agro pelancongan di daerah ini lebih-lebih lagi berlaku pertambahan jumlah kenderaan yang singgah ke daerah Sabak Bernam," katanya.


Azman memberitahu, pembukaan semula Kelong Paradise Waterfront Resort yang menjadi destinasi pilihan pemancing dan keluarga untuk bercuti di tengah laut antara tarikan utama di daerah ini selain Pusat Konservasi Kelip-kelip Parit 16, Sungai Panjang dan restoran kapal terbang di Sekinchan.





Bagaimanapun katanya, restoran kapal terbang di tengah sawah padi itu masih belum beroperasi pada masa ini.


"Restoran ini dibangunkan oleh pihak swasta yang bakal menjadi tarikan baharu ke Sekinchan," jelasnya.


5 views0 comments

Comments


bottom of page