top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Semenyih, 3 Lokasi Lain Malaysia Paling Banyak Carian Dalam Airbnb


Airbnb


Ipoh, Kuah, Semenyih dan Port Dickson muncul sebagai destinasi yang paling banyak dicari menerusi platform Airbnb untuk penginapan jangka lebih panjang iaitu menginap lebih lama daripada 28 hari, di luar hab metropolitan utama di Malaysia pada suku kedua tahun ini (Q2 2022).

Data Airbnb baharu didedahkan dalam laporan Airbnb, 'Further Afield: Spreading the Benefits of the Travel Revolution', itu menyatakan di seluruh Asia Pasifik, tempahan untuk bermalam di kawasan luar bandar juga telah meningkat.


"Khususnya di Malaysia, carian di Airbnb untuk Marang, Terengganu meningkat hampir dua kali ganda pada Q2 2022, meningkat daripada Q2 2019 pra-pandemik," kata laporan itu.


Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Mich Goh, berkata selepas jumlah perjalanan terus berkembang ekoran pembukaan semula ekonomi, manfaat daripada sektor pelancongan merebak ke seluruh rantau Asia Pasifik.


Katanya, kebangkitan semula sektor pelancongan domestik telah memperkasakan punca pendapatan penduduk tempatan untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan hidup.


Jelasnya dengan orang ramai yang terus menerima pendekatan atau norma baharu yang fleksibel untuk melancong dan hidup, komuniti yang secara tradisinya terlepas peluang pada masa lalu kini berada pada kedudukan yang baik untuk mendapatkan bahagian yang lebih besar daripada sektor pelancongan.


"Lebih daripada dua tahun sejak permulaan pandemik, kami terus melihat perubahan asas dalam perjalanan yang mana mewujudkan peluang baharu untuk komuniti yang sebelum ini agak ketinggalan.


"Amat mengasyikkan untuk melihat pengembara begitu bersemangat untuk menerokai destinasi baharu, serta impak ekonomi positif yang mengalir kepada penduduk tempatan," katanya.


Selain menggalakkan pengembara untuk meneroka lebih jauh melalui alat carian yang inovatif seperti Kategori dan Saya Fleksibel, Airbnb kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan komuniti di Asia Tenggara.


Syarikat itu baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) untuk bersama-sama memacu agenda pertumbuhan hijau negara melalui beberapa siri inisiatif, termasuk program pendidikan yang berkaitan dengan amalan hospitaliti mampan dan tabiat perjalanan.



Staying longer and driving connection

Not only are travelers eyeing destinations off the beaten path, they’re also looking to stay longer, allowing them to forge deeper connections with locals and help spur economic growth.


On Airbnb, non-urban nights booked for long-term stays (28 days-plus) have dramatically increased for a number of countries and regions across the Asia Pacific when comparing the second quarter of 2022 with the pre-pandemic second quarter of 2019.


In particular, this growth was more than double for Japan, South Korea, Australia and India, with Thailand about doubling.


Among destinations outside the major cities that proved popular on Airbnb for long-term stays within their respective countries and regions in the second quarter of 2022 were:


- Geelong, Banora Point, Mandurah, and Bundaberg in Australia

- Arambol, Naggar, Kullu, Agonda and Almora in India

- Dapa, Panglao, Dumaguete and Silang in the Philippines

- Niseko/Kutchan, Nago, and Otaru in Japan

- Kang-neung, Jeju-si and Suncheon in South Korea

- Ipoh, Kuah, Semenyih, and Port Dickson in Malaysia

- Kerikeri, Wanaka, Tauranga, and Napier in New Zealand

- Koh Pha Ngan, Koh Lanta and Krabi in Thailand




9 views0 comments

Comments


bottom of page