
GLOBAL | PARIS: Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengatakan masa semakin suntuk untuk memastikan 'kehidupan yang didiami pada masa depan' untuk semua.
Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 1 Mac 2022 Laporan itu juga memperincikan penderaan manusia yang menyeramkan serta agensi itu memberi amaran keadaan lebih buruk akan datang.
Kepupusan spesies, keruntuhan ekosistem, penyakit bawaan serangga, strok haba dan ribut besar yang membawa kehilangan nyawa, kekurangan air hingga menjejaskan hasil tanaman yang semuanya terhasil akibat peningkatan suhu, kata Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).
Pada tahun 2021 sahaja, dunia menyaksikan banjir besar, strok haba dan kebakaran hutan yang tidak pernah terjadi sebelumnya merentasi empat benua.
Kejadian seumpama itu akan dipercepatkan dalam dekad akan datang walaupun pencemaran bahan api fosil yang mendorong perubahan iklim dengan cepat dibawa ke dasar, kata IPCC yang dianggotai 195 negara memberi amaran.
Menurut laporan itu, banyak negara bergelut untuk melandaikan lekuk pelepasan karbon dioksida, negara itu juga seharusnya bersedia menghadapi serangan iklim ekstrim yang tidak dapat dielakkan lagi.
Ketua PBB, Antonio Guterres menyelar kepimpinan yang gagal dengan menyifatkannya sebagai 'penjenayah'.
"Pencemar terbesar di dunia perlu bertanggungjawab kerana membakar satu-satunya rumah kami," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berkata, pencerobohan Russia ke atas Ukraine tidak boleh mengalih perhatian daripada kebenaran yang didedahkan dalam laporan setebal 3,600 muka surat dan ringkasannya untuk penggubal dasar.
"Komuniti antarabangsa perlu segera meneruskan tindakan iklim bercita-cita tinggi, walaupun kita menghadapi cabaran global yang mendesak," katanya dalam satu kenyataan bertulis.
Svitlana Krakovska yang mengetuai delegasi Ukraine, bercakap dengan penuh semangat pada sesi pleno terakhir persidangan maya itu mengenai hubungan antara konflik dan pemanasan global.
"Perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia dan perang ke atas Ukraine mempunyai asas yang sama, bahan api fosil dan pergantungan kita terhadapnya," katanya.
Antara perkara penting dalam laporan itu ialah nasib yang saling berkaitan antara manusia dan sistem semula jadi.
Ia menekankan perubahan iklim tidak boleh dijinakkan melainkan hutan dan lautan yang semakin merosot, yang menyimpan karbon dipulih dan dilindungi serta memperbaiki ekosistem.
Laporan itu menjelaskan masa depan yang berdaya maju kini terancam.
Beberapa kesan buruk sudah tidak dapat dipulihkan seperti kemungkinan kematian hampir semua karang air cetek.
Perkara lain yang tidak boleh dikembalikan bergantung kepada sasaran aspirasi Perjanjian Paris untuk mengehadkan pemanasan global pada 1.5 darjah celsius di atas paras praindustri, dedah laporan itu lagi.
Perjanjian 2015 menggesa negara untuk menahan peningkatan suhu kepada di bawah 2 darjah celsius, tetapi sains terkini tidak meragui bahawa ambang 1.5 celcius adalah jauh lebih selamat.
Walaupun dalam senario optimistik pengurangan pesat dalam pencemaran karbon, unjuran kesan iklim adalah serius.
Menjelang 2050, akan terdapat lebih satu bilion orang di kawasan pantai yang sangat terdedah kepada ribut kuat disebabkan kenaikan air laut menjelang 2050.
Comments