top of page

Genap 7 Tahun Tragedi MH17

Writer's picture:  MOHD EZLI  MASHUT MOHD EZLI MASHUT



Kira-kira jam 11 malam, pada Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan dunia.


Pada detik itu pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur meragut kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal.


Tragedi itu yang berlaku di kawasan timur Ukraine itu berlaku di wilayah di Donetsk, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.


Pada 28 September 2016, media antarabangsa melaporkan bahawa peluru BUK9838-Series yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 berasal dari Rusia.


Peristiwa itu menimpa pesawat jenis Boeing 777-200ER bernombor pendaftaran 9M-MRD milik Malaysia Airlines.


Perbicaraan secara rasmi bermula Mac 2020 tetapi hanya pada peringkat hujahan membabitkan penerimaan bukti berkaitan nahas dengan empat individu dituduh berkaitan nahas tersebut.


Mereka terdiri daripada bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), Igor Girkin; Bekas Pegawai Agensi Perisikan Tentera Rusia (GRU), Sergey Dubinskiy dan Bekas Pegawai Tentera Spetznaz-GRU, Oleg Pulatov; serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko.

Hari ini, Malaysia mengulangi pendirian bahawa pelaku yang tidak berperikemanusiaan dalam insiden pesawat MH17 yang ditembak perlu diheret ke muka pengadilan.


Ia bukan hanya untuk menegakkan keadilan tetapi juga sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kepada setiap ahli keluarga mangsa tragedi yang kehilangan insan tersayang, kata kenyataan Kementerian Pengangkutan sebagai memperingati MH17.


Malaysia juga menuntut segala bukti yang ada didedahkan kepada umum dan proses kehakiman dijalankan secara adil serta tidak dipengaruhi oleh apa jua tekanan politik bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.




0 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


IMG_20221230_173627.jpg
bottom of page