top of page

Wisma MASRI Pusat Sehenti Produk Kampung & IKS

Updated: Aug 15, 2022




Bangunan WISMA MASRI yang menempatkan Agro Bazaar K Shoope MHP Enterprise yang pusat jualan pelbagai makanan tradisional, kampung dan IKS di Parit 7 Sekinchan Selangor dibuka pada 2011 dengan kemudahan tempat letak kereta yang lebih luas dan premis yang lebih selesa.

Agrobazaar “K-Shoppe” MHP Enterprise Sdn Bhd (932047D) menawarkan pemasaran produk industri asas tani melalui pendekatan pemasaran yang lebih berfokus, teratur dan meluas.


Menggunakan jenama MASRI, Agrobazaar K-Shope MHP Enterprise Sdn Bhd berfungsi menjadi 1 Stop Centre bagi produk usahawan IKS yang menjalankan perusahaan makanan ringan berasaskan pertanian .


Diasaskan oleh Haji Punari @ Zainuddin Haji Salleh dan Hajjah Mastura Senon, MHP Enterprise Sdn Bhd turut menerima tempahan bagi majlis keraian dan korporat serta hamper dengan nilai RM30, RM50, RM100 dan ke atas.


Pengurusnya, Musleha Zainuddin berkata, MHP menawarkan pelbagai dan kelainan produk industri makanan tradisional dan mendapat pengiktirafan Sijil Halal dan jaminan kualiti pengeluarannya.


Produk MHP Enterprise : Bahulu Cermai/ Ikan, Bahulu Pecah Lapan, Bahulu Gulung Jem Nenas/Lapis, Biskut Bangkit Santan/ Pandan/ Keladi, Kuih Tiram, Kuih Ros, Rempeyek Kacang Tanah/ Dal/ Hijau dan Mini.



Turut ditawarkan di Agrobazaar K-Shoppe MHP Enterprise Sdn Bhd adalah Kuah Pecal/ Kacang, Kuah Rojak, Biskut Mazola, Biskut Tart nenas, Jejari Udang/Bilis, Dodol, Kek Pisang/ Gula Hangus/ Marble, Kerepek Ubi Masin, Kerepek Ubi Perisa BBQ, Kerepek Ubi Perisa Lada Hitam, Kerepek Ubi Perisa Pedas Basah, Kerepek Ubi Perisa Pedas Kering, Maruku, Kerepek Bawang dan pelbagai lagi.





Pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar produk IKS dengan tawaran harga kilang dengan menghubungi Agrobazaar K-Shoppe MHP Enterprise Sdn Bhd.


Bukan itu saja, MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.


MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.


"Kami juga menerima delegasi dan pelancong asing seperti Iran, Belanda, Indonesia, Perancis, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Nepal, Filipina, Singapura, Myanmar, Brunei dan Thailand," kata Musleha.







MHP Enterprise terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.


Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.


JOM APA LAGI...KITA TEROKAI SEKINCHAN

2 views0 comments

댓글


bottom of page