top of page

Ini Rupanya Khasiat Kuah Kacang/Pecal ! Sedap Dan Unik

Updated: Aug 17, 2022




Kuah kacang/pecal sinonim dengan masyarakat Jawa dan rakyat Malaysia amnya. Keunikan makanan ini dijadikan pencicah makanan seperti satay, nasi impit dan pecal serta pelbagai lagi mengikut citarasa.

Kebiasaannya kuah kacang/pecal banyak disediakan dalam perisa yang asli. Sebenarnya pelbagai khasiat yang terdapat di dalam kuah kacang/pecal.


Antaranya khasiat yang ada pada kacang itu sendiri iaitu dapat membantu mengurangkan risiko menghidap pelbagai penyakit kronik.

Kacang tanah atau Arachis hypogea merupakan sejenis spesies kekacang dari keluarga Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Kacang tanah merupakan sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh secara renek setinggi 30–50 cm.


Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak di samping protein, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus, vitamin A dan K, lesitin, kolin serta kalsium. Kandungan protein di dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi berbanding daging, telur dan kacang soya.


Kacang tanah turut membantu menghalang radikal bebas, menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah serta menghindari tubuh daripada serangan jantung. Kacang tanah turut mengandungi asid amino yang tinggi.
Kacang tanah juga dipercayai mengandungi bahan-bahan semula jadi yang dapat membina daya ketahanan tubuh untuk menentang penyakit batuk kering.

Inilah antara sebab mengapa kuah kacang/ pecal menjadi juadah perayaan turun-temurun dan menjadi menu kegemaran masyarakat Malaysia. Ianya adalah simbolik masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan menunjukkan ciri-ciri Malaysia yang kaya dengan 'syurga makanan'.


Kini lebih mudah pek tersedia keluaran MHP Enterprise yang sudah lebih 30 tahun bertapak di pasaran dalam dan luar negara.


KINI > 𝗣𝗘𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗨 🆕‼️ 𝐊𝐮𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐥 & 𝐊𝐮𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐬𝐫𝐢






Maklumat lanjut :


MHP ENTERPRISE SDN BHD
LOT 14191, PARIT 7 SUNGAI LEMAN, SEKINCHAN,SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Tel: 03- 3241 3957

www.wasap.my/60195196450/KuahPecal

40 views0 comments

Comments


bottom of page