top of page

BERITA | Wisma MASRI Sekinchan Antara Lokasi Penggambaran Rindu Kasih 2




Drama bersiri Rindu Kasih 2 lakonan Izzue Islam, Ummi Nazeera dan lain-lain lagi kini hadir menemui peminat di layar TV3 slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 atau strim di platform iQIYI satu jam selepas siaran televisyen (TV).


Antara yang menjadi lokasi pilihan pada kali ini dan siri pertama pada 2022 lalu adalah Wisma MASRI di MHP Enterprise yang terletak di Parit 7 Sungai Leman Sekinchan.


Jadi sempena cuti sekolah dan panjang ini, jom ke Wisma MASRI yang menawarkan pelbagai produk IKS yang segar dan pada harga menarik sambil merasai aura drama Rindu Kasih 2.

=========================================================





SINOPIS | Rindu Kasih 2 papar kisah Salina keluar penjara

Ketika drama bersiri Rindu Kasih lakonan Izzue Islam, Ummi Nazeera dan Amyza Aznan disiarkan TV3 pada 2022, ramai terkesan dengan lakonan mantap Ummi yang menghidupkan watak Salina, iaitu anak perempuan yang dahagakan kasih sayang ibu hingga sanggup melakukan jenayah. Semuanya dilakukan demi bertemu dengan ibu kandung yang dipenjarakan.


Kembali dengan musim baharu, Rindu Kasih 2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir lakonan Izzue dan ibu mentua, Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, iaitu Fayyad lakonan Dzul Hadziq.


Melalui plot Rindu Kasih 2, Amir tidak berputus asa menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisi dan ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina pula merahsiakan lokasi dirinya kecuali Hisyam yang tahu kedudukannya. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.


Selepas beberapa tahun, Halijah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah.


Pada masa sama, Salina difitnah rapat dengan Hisyam (Nafiz Muaz) apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.


Fayyad yang berusia tujuh tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, anak itu yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad.


Ummi teruja kembali beraksi dalam kesinambungan hidup Salina menerusi Rindu Kasih 2.

"Bagi saya, Salina adalah watak sarat dengan emosi dan seorang wanita yang kental berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya.


"Salina ialah salah satu watak paling berat yang digalas sepanjang pembabitan saya sebagai anak seni. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi TV3 dan P&D Pictures Sdn Bhd serta rakan artis dan semua kru produksi.


"Kami berharap drama ini mendapat sambutan positif penonton," katanya.


Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya? Saksikan drama Rindu Kasih 2 yang disiarkan slot Samarinda TV3 mulai 13 Februari lalu.


Rindu Kasih 2 terbitan P&D Pictures Sdn Bhd dan diarah Pali Yahya manakala skrip dihasilkan K Adlie dan Shaza Talib.


Selain Ummi, Izzue, Fazlina dan Dzul, drama 20 episod ini dibintangi Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.


Pastikan anda mengikuti Rindu Kasih 2 menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 atau strim di platform iQIYI satu jam selepas siaran televisyen (TV).


Drama ini juga disertakan dengan sari kata bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.


Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, sejam selepas tayangan di TV3, manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.


Untuk mendapatkan info terkini mengenai drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook (FB), Twitter, YouTube dan Instagram (IG) TV3 iaitu @TV3Malaysia, IG rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.


Sumber : BH Online/ 19 FEB 2024

3 views0 comments

コメント


bottom of page