top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

UOBAM Lancar Dana Bon Mampan Pertama


Logo UOB


UOB Asset Management (UOBAM) Malaysia melancarkan United Sustainable Series - Global Credits Fund (USSGCF), dana borong pertamanya.

Dalam kenyataan media pada 8 November 2021/Isnin UOBAM berkata yang memberi tumpuan kepada bon daripada syarikat yang mencapai kemajuan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).


Dana itu bertujuan mencapai objektif pelaburan UOBAM Malaysia dengan melabur sekurang-kurangnya 90 peratus daripada nilai aset bersihnya dalam RobecoSAM SDG Credit Income (dana sasaran).


Selain itu, ia menawarkan pendedahan terpelbagai dalam pasaran kredit global kepada pelabur dan bertujuan memaksimumkan pendapatan sepanjang kitaran kredit.


"Kami melabur untuk sesuatu tujuan dan menyediakan pulangan positif dan menyaksikan minat yang semakin meningkat dalam dana tertumpu pada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang memberi impak positif, terutama dalam kalangan pelabur sofistikated yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengamalan ESG," kata Ketua Pegawai Eksekutif UOBAM Malaysia.


Lim Suet Ling berkata terdapat bukti semakin meningkat menunjukkan penjajaran nilai pelaburan boleh membawa prestasi yang mengatasi pulangan secara konsisten dalam jangka panjang.


Dana sasaran itu menggunakan rangka kerja ukuran proprietari untuk mengukur sumbangan syarikat dengan 17 SDG PBB.


USSGCF sesuai untuk pelabur sofistikated yang mempunyai profil risiko konservatif, tempoh pelaburan jangka panjang dan inginkan pertumbuhan modal dengan melabur dalam portfolio instrumen pendapatan tetap global.


Ia disediakan untuk langganan dalam ringgit, dolar Australia, pound sterling, dolar Singapura, dolar AS dan renminbi dengan pelaburan permulaan minimum, masing-masing pada RM1,000, A$1,000, AS$1,000, £1,000 dan RMB1,000.



1 view0 comments

Comments


bottom of page