top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

TM, Sembilan Syarikat Menara Telekomunikasi Tingkat Jalinan Kerjasama




Telekom Malaysia Bhd (TM), melalui cabang perniagaan borong domestik dan antarabangsa TM Wholesale, bekerjasama dengan sembilan penyedia menara telekomunikasi (TowerCos), yang membolehkannya mengakses fasiliti tapak menara telekomunikasi syarikat.

TM dalam kenyataan media pada 25 Oktober 2021/Selasa berkata kerjasama itu membolehkan rangkaian fiber optik berkelajuan tinggi disambungkan ke menara, bagi membolehkan prestasi dan kemampuan rangkaian yang berkualiti tinggi.


Sembilan TowerCos adalah ahli Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi Malaysia (PPIT), iaitu D'Harmoni Telco Infra Sdn Bhd, Melaka ICT Holdings Sdn Bhd, Perlis Comm Sdn Bhd, Infra Quest Sdn Bhd, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd, EdgePoint Towers Sdn. Bhd, PDC Telecommunication Services Sdn Bhd, Desabina Industries Sdn Bhd, dan Yiked Bina Sdn Bhd.


Satu majlis diadakan baru-baru ini di Johor Bahru bagi menandakan acara tersebut, dan TM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif TM Wholesale Amar Huzaimi Md Deris.


"Kami komited bagi memastikan industri telekomunikasi nasional dilengkapi dengan sambungan canggih dan penyelesaian infrastruktur fiber yang meluas sebagai pemangkin untuk mempercepatkan penyampaian pengalaman digital berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia," katanya.


"Ini akan membolehkan penyedia perkhidmatan memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan kelajuan sambungan yang lebih pantas dan kapasiti lebar jalur yang lebih besar untuk perkhidmatan 4G semasa dan di masa hadapan di seluruh negara."


Kerjasama itu juga memperlihatkan TM sebagai pemboleh Digital Malaysia dalam menyokong aspirasi digital negara, termasuk Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), tambahnya.

2 views0 comments

Comments


bottom of page