top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Sunway, Carsome Tubuh Makmal Inovasi Data, Revolusikan Industri Kereta Terpakai


Logo Carsome

Sunway University, menerusi cabang inovasinya, Sunway Innovation Labs (Sunway iLabs) dan platform e-dagang kereta bersepadu, Carsome, menjalin kerjasama strategik yang merangkumi pewujudan sebuah Makmal Inovasi Data di universiti berkenaan.

Makmal yang dilancarkan pada akhir Januari 2022 itu bermatlamat merevolusikan industri kereta terpakai Asia Tenggara menerusi data selain menggerakkan aspek mobiliti dengan mewujudkan nilai dalam pelbagai bidang termasuk pemerkasaan pelanggan, kemampanan dan keselamatan siber.


"Kami berharap kerjasama industri-akademik dengan Sunway University ini dapat melonjakkan industri kereta terpakai di rantau ini menerusi usaha pembangunan kapasiti dalam sains data dan pembelajaran mesin," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng dalam kenyataan media pada 1 Disember 2021/Rabu.


Makmal yang membabitkan konsortium penyelidikan pelbagai disiplin yang merangkumi fakulti perniagaan, fakulti kejuruteraan dan teknologi, fakulti sains matematik universiti tersebut serta pihak berkepentingan Carsome.


Sunway University adalah entiti pertama bekerjasama dengan Carsome dalam skop inovasi data yang menyaksikan pelbagai inisiatif dilaksanakan termasuk tugasan penuntut, acara hackathon, kontrak penyelidikan serta perundingan.


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Inovasi Sunway Bhd dan Pengarah Sunway iLabs, Matt van Leeuwen menyifatkan kerjasama antara syarikat pemula niaga dan pihak akademik dapat mempersiapkan golongan belia berdepan dengan ekonomi digital selain mempercepat aspek inovasi bagi memacu kemampanan ekonomi.






4 views0 comments

Comments


bottom of page