top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Sukuk Wakalah RM1 Bilion Agrobank Dilancar


Logo: Agrobank


Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) melancarkan Program Sukuk Wakalah bernilai RM1 bilion yang berasaskan Prinsip Islam Wakalah Bi AlIstithmar.

Pengerusiny berkata bagi bahagian pertama, Agrobank, Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang memfokuskan pengukuhan sektor pertanian di Malaysia, berhasrat untuk menerbitkan Sukuk Wakalah bernilai RM500 juta.


Beliau berkata, hasil daripada penerbitan Sukuk itu digunakan untuk pengurusan modal kerja, pelaburan umum dan/atau untuk membiayai kembali pembiayaan Agrobank yang patuh Syariah bagi mendorong pertumbuhan bank pada era pasca pandemik.


"Fokus kami adalah mewujudkan pendanaan stabil dengan mendapatkan kos pembiayaan jangka sederhana dan jangka panjang lebih rendah.
"Kami berharap tawaran ini disambut baik pelabur dari pelbagai latar belakang perakaunan termasuk agensi kerajaan, institusi kewangan, syarikat pengurusan aset serta akaun korporat," kata Datuk Mustapha Buang dalam kenyataan media pada 13 September 2021/Isnin.

Mustapha percaya instrumen inovatif itu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran modal Islam antarabangsa.


Sementara itu, Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) memberikan penarafan AAA institusi kewangan (FI) kepada Agrobank.


Pada masa sama, agensi penarafan juga memberikan penarafan awal AAAIS kepada bank bagi Program Nota Jangka Sederhana Islam (Program IMTN) bernilai RM1.0 bilion serta prospek penarafan yang stabil.


Agensi penarafan RAM Sustainability Sdn Bhd memberikan penarafan Manfaat Alam Sekitar (EB) kepada Program Sukuk itu.


Menurut bank itu, penarafan baik bagi Program Sukuk berkenaan menunjukkan kestabilan pengurusan serta kepentingan operasi strategik perniagaan Agrobank kepada kerajaan Malaysia sebagai sebuah institusi perbankan berperanan menyokong pembangunan negara.


Bagi bahagian pertama penerbitan Sukuk, katanya, Agrobank memilih untuk menerbitkan sukuk senior normal dan turut merancang untuk menerbitkan Sukuk Kelestarian pada masa depan.


Maybank Investment Bhd adalah penasihat utama tunggal, pengatur utama tunggal dan pengurus utama tunggal bagi program Sukuk itu.



2 views0 comments

Commenti


bottom of page