top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

SSM Lancar Laman Sesawang Perkongsian Liabiliti, Pembabitan Peribadi


Logo: SSM


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 September 2021/Khamus melancarkan portal XCESS yang menawarkan maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan pembabitan peribadi secara dalam talian di pautan xcesss.ssm4u.com.my.


Portal XCESS dibangunkan bertujuan untuk melengkapkan penawaran maklumat yang tidak ditawarkan melalui portal pembekalan maklumat korporat SSM sedia ada iaitu SSM e-Info dan MyDATA-SSM.


SSM dalam kenyataan media pada 2 September 2021/Khamis berkata, maklumat PLT ditawarkan merangkumi maklumat profil dan sijil pendaftaran PLT.


Maklumat pembabitan peribadi ditawarkan pula di bawah Akta Syarikat 2016 yang merangkumi pembabitan sebagai pengarah, pemegang saham, setiausaha syarikat, juruaudit, dan pelikuidasi.


"Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, maklumat ditawarkan membabitkan maklumat pemilikan perniagaan manakala di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, maklumatditawarkan merangkumi maklumat pekongsi dan pegawai pematuhan.


"Melalui portal XCESS ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan PLT dan pembabitan peribadi dengan lebih mudah secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter SSM," katanya.


Portal XCESS ini juga boleh memudahkan urusan orang ramai yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Maklumat lanjut mengenai portal XCESS boleh diperolehi di www.ssm.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel enquiry@ssm.com.my. ​




3 views0 comments

Kommentare


bottom of page