top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

SIBS 2021 Mula 18 Nov Secara Hibrid


Sumber Grafik: SIBS

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 bakal diadakan secara hibrid buat julung kali tahun ini.

SIBS 2021 yang dianjurkan Kerajaan Selangor dengan kerjasama Invest Selangor Berhad dilaksanakan secara hibrid mengintegrasikan program secara fizikal dengan potensi tanpa had dunia digital.


Pameran dan persidangan diadakan secara fizikal di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan secara maya melalui portal selangorbusinesshub.my.


Peserta boleh mengakses pelbagai pilihan kandungan atas permintaan, rangkaian secara digital menggunakan paparan interaktif yang disediakan dan sebagainya.


Untuk rekod, dua hari pertama SIBS 2021 (18 dan 19 November 2021) bakal dibuka kepada peserta dagangan sahaja.


SIBS 2021 dibuka kepada umum bermula 20 hingga 21 November 2021.


Bagi mereka yang belum mendaftar, anda dinasihatkan untuk melakukan perkara demikian secepat mungkin memandangkan tempat terhad.


Pada masa sama, SIBS 2021 diadakan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketat seiring dengan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.



Sumber Grafik: SIBS


3 views0 comments

Comments


bottom of page