top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Shopee Lancar Kempen Jualan Mega Pertama, Tawar Potongan Harga Sehingga 95 Peratus




Platform beli belah dalam talian, Shopee melancarkan kempen jualan mega pertama mereka untuk tahun 2022, iaitu Hari Pelanggan 3.15 yang bermula 3 Mac 2022 sehingga 15 Mac 2022.

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, pelanggan Shopee ditawarkan potongan harga sehingga 95 peratus, perkhidmatan penghantaran percuma dan peluang menyertai peraduan Spin & Win dengan hadiah utama kereta Nissan Almera.


Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia berkata Hari Hak Pengguna disambut di seluruh dunia pada 15 Mac setiap tahun dan kempen kali ini diadakan untuk membuatkan pelanggan Shopee merasakan diri mereka dihargai selepas melalui tempoh sukar sejak dua tahun lalu.


"Kami melihat segmen kesejahteraan diri terus menjadi tumpuan utama pelanggan sepanjang tempoh kempen, yang mana permintaan menyaksikan pertumbuhan sebanyak enam kali ganda pada 2021 berbanding sebelum pandemik.


KLIK DI BAWAH



"Segmen lain yang turut memperlihatkan pertumbuhan pesat ialah barangan pembaikan rumah yang melonjak 10 kali ganda berbanding 2019, manakala barangan berkaitan haiwan peliharaan naik sebanyak 13 kali ganda," kata Kenneth Soh pada sesi pelancaran yang diadakan secara maya, lapor BH Online pada 3 Mac 2022.


Shopee turut mengumumkan jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly dan ratu terjun negara, Datuk Pandalela Rinong Pamg sebagai duta bagi kempen Hari Pelanggan 3.15 Shopee.


Soh berkata, pihaknya melihat permintaan untuk segmen penjagaan kesejahteraan fizikal dan persekitaran sentiasa berada paras lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.


"Perubahan ini menjanjikan peluang positif buat penjual dan juga kepada pembeli," katanya.


JOM KLIK DI BAWAH : Banyak Yang Menarik!

6 views0 comments

Comentarios


bottom of page