top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Senheng Sedia Disenarai Di Bursa Malaysia Pada Jan 2022


Sumber Grafik: Senheng


Senheng New Retail Bhd bersedia untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Januari 2022 selepas memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pengerusi Eksekutifnya dalam kenyataan media pada 15 November 2021/Isnin berkata dengan kelulusan itu, kumpulan bersedia untuk memulakan fasa pertumbuhan seterusnya dan pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) akan membantu mengukuhkan kedudukan pasaran dalam perniagaan E&E.


"Sebagai sebuah syarikat yang maju secara digital, operasi kami sangat mudah disesuaikan dengan cabaran dalam persekitaran perniagaan.



Logo: Senheng


"Kami mencatatkan pertumbuhan yang sihat dalam prestasi kewangan walaupun terdapat pelbagai pengulangan perintah kawalan pergerakan," kata Lim Kim Heng.


Mercury Securities Sdn Bhd adalah penasihat prinsipal, menguruskan taja jamin, dan pengendali bersama bagi pelaksanaan IPO Sengheng, manakala CIMB Investment Bank Bhd dan AmInvestment Bank Bhd adalah penyelaras dan penaja jamin bersama.


Ditubuhkan pada 1989, kedai kumpulan itu membawa lebih daripada 280 jenama E&E pengguna yang terkenal, menampilkan rangkaian komprehensif peralatan digital, audio visual, peralatan rumah dan produk berkaitan.


3 views0 comments

コメント


bottom of page