top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Sektor Hartanah Tunjuk Tanda Pulih, Trend Positif



Industri hartanah tempatan menunjukkan pemulihan selepas harga permintaan dalam Indeks Pasaran Hartanah Malaysia (MPMI) mencatat pertumbuhan tahunan 0.92 peratus pada suku ketiga, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia.

Sheldon Fernandez dalam laporan MPMI berkata trend positif dalam industri hartanah disokong kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembukaan semula sektor ekonomi oleh kerajaan.


"Peningkatan harga permintaan hartanah ini telah dikesan di empat wilayah utama yang dikaji oleh MPMI, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, dan Johor, masing-masing mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 1.56 peratus, 1.5 peratus, 1.38 peratus dan 0.15 peratus.


"Ini adalah kali pertama keempat-empat pasaran utama menyaksikan kenaikan harga permintaan sejak penularan pandemik COVID-19 bermula pada suku kedua tahun lalu," katanya.


Fernandez berkata kadar vaksinasi yang dipercepatkan, digandingkan dengan pembukaan semula ekonomi pemangkin yang mendorong kenaikan harga permintaan.

Katanya walaupun hartanah di beberapa pasaran utama di Malaysia turun naik antara pergerakan harga positif dan negatif sejak suku kedua 2020, aliran keseluruhan tahun ke tahun menurun, selari dengan bermulanya sekatan pergerakan dan had ke atas aktiviti komersial.


"Walaupun kenaikan harga baru-baru ini membayangkan pemulihan sektor hartanah Malaysia, ia mengambil sedikit masa sebelum nilai hartanah kembali ke tahap sebelum pandemik," katanya.



5 views0 comments

Comments


bottom of page