top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Sebut Burger, Mesti Ingat Burger Ramly


Burger Ramly


DISUSUN OLEH: MOHD EZLI MASHUT


SEBUT sahaja burger, maka minda kita sepantas kilat memproses maklumat memberikan keputusan burger itu adalah burger Ramly. Jenama itu sudah melekat dan terbenam baik dalam pemikiran bawah sedar kita.


Malahan burger Ramly ini cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, bangsa dan latar belakang.


Apa yang membuatkan jenama itu menjadi pilihan sehingga boleh meminggirkan populariti jenama makanan segera antarabangsa yang sudah bertapak lama?


SEJARAH BERMULANYA BURGER RAMLY

Foto Sumber: Laman Rasmi Burger Ramly


Syarikat berkenaan adalah RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD iaitu industri Bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.


Diasaskan pada 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap.


Penubuhan syarikat dan pengeluarannya itu adalah daripada cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.


Pengasas dan Pemilik Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni, 63, adalah anak petani anak petani kelahiran Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.


Kemudian beliau berhijrah ke Sekinchan, Selangor, selepas dibawa abangnya berikutan kehidupan yang susah di kampung. Bermula dengan bekerja sebagai buruh, Ramly kemudiannya mendapat kerja sebagai pemotong daging di Kuala Lumpur.


Beliau yang sejak kecil bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, tidak dapat meneruskan pengajiannya kerana keluarga tidak mampu dan akhirnya ‘terjebak’ secara serius dalam bidang pemprosesan daging.


Pada awal penglibatan dalam perniagaan berkenaan, beliau hanya menjalankan perniagaan dengan isterinya, Datin Shala Siah Abdul Manap, selepas setahun mendirikan rumah tangga.


Keputusan itu diambil apabila melihat bekalan daging halal yang diproses untuk pasar raya rata-ratanya bukan milik orang Islam dan diragui status kehalalannya.



Sumber Foto: Laman Sesawang Burger Ramly


Bermula daripada itu, beliau mula mengusahakan pembuatan daging burger di rumah mereka di Flat Jalan Haji Hussien, Kampung Baru, bermodalkan RM2,000 tanpa sebarang mesin atau peralatan untuk membuat daging burger.


Selepas berjaya menghasilkan kepingan burger sendiri, beliau terus membuka gerai burger dan mula menjual daging burger siap dimasak dan mentah di semua gerai burger yang saya usahakan iaitu di sekitar Kampung Baru, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.


Bermula daripada 200 keping, tempahan semakin meningkat sehingga 2,000 keping sehari.


Selepas itu syarikat mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk.


Kilang baharu Kumpulan Ramly di Pulau Indah Selangor disasar meningkatkan jualan kepada RM2 bilion.


Datuk Ramly Mokni berkata, pembinaan kilang baharu yang tiga kali lebih besar daripada kilang sedia ada di Batu Caves, Kuala Lumpur bertujuan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang


PENGEDARAN

Lebih daripada 120 pemborong mendaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly. Kesemua pemborong berdaftar ini berada di bawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad.


Penubuhan syarikat ini bertujuan menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan.


Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejuk beku digunakan.


Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati di pasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur.


Foto Sumber: Facebook Burger Ramly


Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad dan ia beroperasi 24 jam.


Pembukaan anak syarikat ini adalah untuk memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan antara Ramly dengan penjaja dan orang awam.


Dalam masa 5 tahun, Ramly mendapati bahawa beliau mencapai kapasiti pengeluaran maksimum kilang itu, tetapi permintaannya masih meningkat.


Beliau tahu keperluam memenuhi permintaan itu, jadi mereka berkembang ke sebuah kilang yang lebih besar di Batu Caves seluas tiga ekar.


Dengan kilang yang lebih besar itu, mereka menghasilkan 100,000 biji sehari hingga 1 juta roti sehari.


Mereka juga mulai memperkenalkan nugget, sosej, bebola daging, daging cincang, dan banyak lagi, bersama dengan roti mereka.

Foto Sumber: TTangkap Layar Sesawang Burger Ramly


Walaupun begitu, pengembangan kilang Batu Caves bukanlah penghujung pertumbuhan mereka.


Pada tahun 2018, mereka membina kilang yang lebih besar di Pulau Indah, Selangor seluas 5.6 ekar.


Pengembangannya di Pulau Indah adalah berkat pinjaman yang diperolehnya dari Agro Bank dan Bank Pembangunan Malaysia, yang dengannya beliau menandatangani perjanjian untuk pembiayaan bernilai hingga RM275 juta.


“Saya meminjam dari Agro Bank kerana industri pertanian dan pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan. Ini adalah industri yang dapat menjadikan seseorang menjadi jutawan, ” katanya dalam wawancara Astro Awani.


KUALITI

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly adalah untuk mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya adalah suci (daripada pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan.


Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.


PRODUKSI

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly untuk memastikan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya.


Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji untuk memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati.


Pelaksanaan kepakaran teknologi oleh Ramly adalah untuk memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi cita rasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan daya pengeluaran produk.



PRINSIP KEJAYAAN

Berpegang kepada lima prinsip iaitu jujur, rajin, berusaha bersungguh-sungguh, membantu orang yang memerlukan dan membayar zakat, Ramly menitipkan pesanan buat usahawan-usahawan yang baharu berjinak dalam dunia perniagaan.


“Lima prinsip itu perlu untuk berjaya kerana walau kaya macam mana pun kita satu hari nanti, jika kita tidak berpegang teguh kepada prinsip tersebut, kita tidak akan bertahan dan nasihat itu juga saya berikan kepada anak-anak saya yang bakal mewarisi legasi Ramly nanti,” katanya lapor Utusan Online pada 2 Oktober 2015.

SUMBER RUJUKAN:

– WIKIPEDIA

– Laman Web Burger Ramly

– Berita Sinar Harian/ Bernama

11 views0 comments

Comments


bottom of page