top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

REV Media Jalin Kerjasama Dengan Dattel Asia Perkenal Iklan AI Perkukuh PKS


Logo REV Media

BISNES | Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) menjalin kerjasama dengan syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG), untuk muncul sebagai penerbit tempatan pertama negara membangunkan platform layan diri yang memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pengiklanan berasaskan data.

Dalam kenyataan media pada 8 Mac 2022/Selasa berkata jalinan itu ini menawarkan penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audien berdasarkan pandangan pengguna strategik.


Syarikat itu berkata platform layan diri itu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk menyasar audien dengan lebih baik, dikenali sebagai REV Ad Manager (RAM) bagi membolehkan PKS memanfaatkan data dari platform untuk membuat keputusan pemasaran yang baik.


Jelasnya RAM bertindak sebagai titik permulaan untuk menjalankan kempen pengiklanan dan mencapai audien ideal untuk PKS mengembangkan perniagaan mereka.


"Dalam erti kata lain, RAM adalah alat yang membolehkan anda mengenal pasti pelanggan, membuat iklan dan seterusnya menguruskan mereka dengan lebih mudah.


"Gandingan kedua syarikat ini juga turut memberi peluang kepada PKS untuk memanfaatkan 15.8 juta pelawat unik pada rangkaian audien RMG, mencapai 80 peratus rakyat Malaysia setiap bulan dan kadar istimewa serendah RM1,000 dengan jaminan 100,000 capaian audiens.


"Apakah manfaatnya kepada PKS? Kebiasaannya PKS tidak mempunyai akses kepada data pasaran dan mereka hanya meneka secara rambang siapakah potensi pasaran sasaran mereka. Kini, mereka boleh mengenal pasti target pasaran dan memastikan perbelanjaan pengiklanan mereka memberikan pulangan pelaburan yang terbaik," kata kenyataan itu.


Di samping itu, kadar istimewa itu direka untuk memastikan bahawa sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi, PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.


Ketua Pegawai Eksekutif DAG berkata menyasarkan audiens tepat penting dalam aspek perniagaan bagi membantu dan memperkasakan PKS dengan data dan paling penting dapat membuahkan hasil.


Tambah Ashran Dato Ghazi lagi, bukan sahaja PKS mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk berbuat demikian, tetapi juga mendapat peluang untuk memanfaatkan rangkaian pelawat unik mudah alih terbesar di Malaysia.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RMG berkata, berlalu sudah hari pemilik perniagaan PKS dan agensi perlu memperoleh data secara tradisional dan mencipta persona untuk memadankan sasaran audiens mereka.


"Enjin pengesyoran berkuasa AI kami akan mengesyorkan aset media terbaik yang lebih optimum untuk audiens pasaran anda yang akan memudahkan agensi dan jenama," kata Samuel Wee.


Salah satu ciri unik yang dicipta dari kerjasama ini ialah menggunakan audiens pasaran untuk mencipta berbilang persona bagi jenama termasuk memanfaatkan 28 Tingkah Laku Archetypes dan 12 Ciri Nilai Pengguna.


RAM menawarkan kepada agensi yang berminat untuk memohon dan menjadi REV Marketing Partners. Pemohon yang berminat boleh memohon di sini -



"Bagi jenama PKS, manfaatkan peluang ini sepenuhnya dengan bekerjasama dengan REV Marketing Partners kami. Kami telah memperakui dan melantik sekumpulan agensi sebagai REV Marketing Partners yang akan membantu PKS dalam perjalanan pengiklanan mereka.


"REV Marketing Partners kami termasuk Zen Communications, BookAD, BrandGeeks, Commerce.Asia, DreamTalents Media, Orion Digital, Phar Partnerships, MedADS, Pixelsy Solutions, FourSeven Media dan Messe Worldwide," katanya


Pihak yang berminat boleh menghubungi REV Marketing Partners untuk kempen pemasaran yang diperibadikan, menyasarkan laman web premium Malaysia dan yang paling penting menyokong ekosistem tempatan. Layari

2 views0 comments

Comments


bottom of page