top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Gagasan Solar Jana RM200 Juta Bantu PKS, Akses Lebih Besar Tenaga



Dana solar pertama di Malaysia yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), Gagasan Solar, bakal menjana RM200 juta bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana mendapat akses lebih besar kepada tenaga solar.

Rakan Urusan Gagasan Solar dalam kenyataan media pada 22 Mac 2022 berkata bagi komuniti perniagaan, tenaga solar apeluang mengurangkan perbelanjaan tenaga elektrik keseluruhan dan lebihannya boleh diperuntukkan kepada bahagian lain lebih cekap dari segi modal.


"Daripada perspektif alam sekitar, tenaga solar menawarkan impak segera dan positif langsung dengan mengurangkan pelepasan karbon.


"Kemajuan dan inovasi teknologi tidak menunggu sesiapa, penting bahawa Malaysia mempercepatkan usaha mengembangkan penggunaan tenaga solar supaya ia menjadi lebih mudah diakses," kata Joshep Lee.


Thinkat PE, salah satu daripada 17 sistem kawalan dan pemantau alam sekitar serta tenaga berdaftar dengan SC di Malaysia, dilantik untuk menguruskan dana dijana menerusi Gagasan Solar.


Menurut kenyataan itu, kaji selidik dibuat Gagasan Solar menunjukkan potensi pendapatan pasaran Malaysia bagi tenaga solar komersial dan perindustrian adalah RM25 bilion setahun.


Ia menunjukkan peluang besar bagi pertumbuhan selanjutnya dalam tenaga solar dari sudut penggunaan dan pelaburan.

2 views0 comments

Comments


bottom of page