top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Raya Airways Sedia Khidmat UAV Kargo Pertama ASEAN


Foto Sumber: facebook Raya Airways

Raya Airways Sdn Bhd sedia memulakan perkhidmatan dron kargo pertama ASEAN setelah melakukan pembuktian pengkomersialan (POC) dengan Pen Aviation Sdn Bhd untuk menunjukkan daya maju komersial kenderaan automatik tanpa awak (UAV) bagi mengangkut barang.

Kedua-dua firma itu dalam kenyataan media bersama pada 28 September 2021/Selasa menyatakan, POC berkenaan bertujuan umendedahkan prospek perkhidmatan pengangkutan barangan Raya Airways melalui penggunaan dron kargo berukuran sederhana Pen Aviation, PEN55V.


Katanya objektif akhir untuk Raya Airways adalah bagi meningkatkan 'dron sebagai perkhidmatan (DaaS)' dalam penawarannya dengan mengoperasikan armada campuran PEN55V dan PEN1360V, dron kargo muatan berat Pen Aviation.


"POC berkenaan secara khusus bertujuan meneroka penggunaan dron dalam memudahkan logistik pelabuhan, merangkumi aktiviti logistik termasuk pengedaran barang di pelabuhan komersial," katanya.



Foto Sumber: Facebook Raya Airways


Selain menyesuaikan diri dengan perubahan lanskap logistik, penggunaan dron juga membolehkan Raya Airways meningkatkan kecekapan kos serta kelestarian alam sekitar disebabkan dron mengoptimumkan penggunaan tenaga, sehingga mampu mengurangi pelepasan karbon.


POC itu dijangka berkuatkuasa menjelang suku keempat 2021 apabila ia mula melakukan misi logistik pelabuhan di bawah usaha sama Raya Airways dan Pen Aviation, sesuai dengan Arahan Penerbangan Awam CAD 6011, peraturan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.


Dron itu dikendalikan juruterbang diperakui mengambil dan menurunkan paket dengan berat sehingga 12 kilogram dengan capaian jarak 50 kilometer dari kontena di kapal kargo ke pelabuhan dan sebaliknya.


"Dengan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran barang yang cekap serta kos efektif, POC ini bertepatan dengan masanya kerana ia membuka laluan bagi Raya Airways untuk memperkukuhkan kedudukan kami sebagai penyedia pengangkutan kargo jarak dekat, selain daripada membina keupayaan masa depan untuk melayani Asia dan rantau Asia Pasifik, dengan armada dron yang berupaya mengangkut beban sehingga 1,000 kilogram.



Foto Sumber: Facebook Raya Airways


"Selain itu, ini adalah seiring dengan visi kolektif kami untuk model perniagaan yang lebih lestari, terutama dalam bidang logistik alam sekitar dan hijau, kerana penggunaan dron diharapkan dapat memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pencemaran sifar serta mempercepatkan usaha berterusan kami terhadap pemeliharaan alam sekitar," kata Pengarah Urusan Kumpulan Raya Airways, Mohamad Najib Ishak.


Katanya lagi, selain daripada operasi pelabuhan, Raya Airways berhasrat untuk memperkenalkan penggunaan dron dalam bidang pengawasan dan maritim di masa depan.



14 views0 comments

Comments


bottom of page