top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Rakyat Belanja 10 kali Lebih Banyak Barangan Semasa Jualan 9.9


Logo: Lazada


Lazada Malaysia melaporkan pembeli dalam talian negara ini menunjukkan trend peningkatan dengan purata rakyat Malaysia membeli 10 kali lebih banyak barangan daripada bulan sebelumnya di LazMall sepanjang Jualan Jenama Mega 9.9 (Jualan 9.9) baru-baru ini.


Syarikat e-dagang itu berkata, ini jelas menunjukkan pengguna semakin yakin membeli-belah dalam talian di destinasi jenama Lazada yang dijamin tulen, lapor BERNAMA pada 22 September 2021/Rabu.


Ketua LazMall, Chenxi Zhou, berkata kebanyakan jenama LazMall turut mencatatkan peningkatan lebih tiga kali pengikut kedai sepanjang tempoh jualan.


"Kami gembira melihat janji ketulenan 100 peratus dan pulangan percuma 15 hari LazMall mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna tempatan.


"Peningkatan ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin ketara terhadap LazMall sebagai destinasi utama untuk membeli produk berjenama dalam talian, termasuk produk premium dan mewah yang bernilai sehingga beribu-ribu ringgit," katanya.


Sepanjang Jualan 9.9 Lazada tahun ini, beberapa kata kunci yang paling kerap dicari oleh pembeli tempatan ialah jenama-jenama pakaian riadah sukan, telefon pintar dan keperluan isi rumah.


Ini termasuk jenama seperti Puma, Nike, Adidas, Xiaomi, Samsung, Huawei, Dyson, Watson, Dettol, dan banyak lagi yang dicari beribu-ribu kali bagi setiap jenama.


Chenxi menambah, kebanyakan rakan jenama LazMall mendapati pengikut kedai tempatan mereka meningkat tiga kali ganda berbanding bulan terdahulu apabila menyertai Jualan 9.9 baru-baru ini.


"Peningkatan ini jelas membuktikan LazMall sebagai pilihan utama yang membolehkan rakan-rakan jenama rasmi kami untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan di seluruh negara," katanya.


Trend penting lain termasuk kategori yang paling pantas berkembang di LazMall seperti barangan kecantikan, runcit dan keperluan bayi, yang mencatatkan peningkatan pembelian lebih 15 kali pada Jualan 9.9 Lazada berbanding bulan sebelumnya.


Malah, rakyat Malaysia membeli lebih 120,000 kilogram serbuk MILO Activ-Go dari LazMall dalam tempoh satu hari di Jualan 9.9.


Sebagai perbandingan, jumlah ini adalah lebih berat daripada 130 kereta Perodua Myvi.


Pembeli dalam talian tempatan turut membeli lebih 14,000 kilogram serbuk kopi Nescafe pada hari yang sama, cukup untuk membancuh lebih sembilan juta cawan kopi, yang boleh menolong seluruh penduduk Lembah Klang memulakan hari mereka dengan cergas


"Apabila pengguna membeli daripada jenama kegemaran di LazMall, pengalaman mereka bukan semata transaksi pembelian yang ringkas, malah, menjangkaui seluruh pengalaman beli-belah yang mencerminkan identiti unik jenama menerusi pelbagai cara yang menarik, seperti penstriman langsung atau permainan.


"Kami sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan jenama dalam usaha untuk menambah baik pengalaman beli-belah pelanggan kami," kata Chenxi


Dengan lebih 10,000 jenama di LazMall Malaysia, perniagaan dari semua industri menyedari potensi memanfaatkan alat pemasaran, teknologi data dan rangkaian logistik Lazada bagi menyampaikan pengalaman yang diperibadikan kepada pelanggan di serata negara.


Mahu berbelanja di LAZADA secara dalam talian? KLIK DI SINI...


Sunway Pharmacy


Hush Puppies








6 views0 comments

コメント


bottom of page