top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

PUNB Tawar Moratorium, Diskaun Sewa Bantu Pulih Niaga Rakan Usahawan


Sumber Grafik: Facebook PUNB


Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memberi moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada rakan usahawan yang layak dan diskaun sewa sehingga 70 peratus bagi penyewa premis perniagaannya bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Izwan Zainuddin dalam kenyataan media pada 20 Oktober 2021/Rabu berkata penambahbaikan itu dibuat ke atas pelaksanaan moratorium sebelum ini yang hanya membabitkan pembayaran prinsipal dan tawaran diskaun 50 peratus bagi sewa premis perniagaan.


Katanya, langkah proaktif itu diambil untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan membantu usahawan yang dalam proses pemulihan perniagaan ketika negara sedang bersedia untuk memasuki fasa endemik.


"Selain itu, pemberian moratorium dan penambahan diskaun sewa ini untuk memberikan kelegaan aliran tunai segera kepada usahawan yang mungkin menghadapi kekangan kewangan sementara akibat pandemik COVID-19.


"Semua Rakan Usahawan PUNB yang mendapat moratorium bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, usahawan baharu, penerima pembiayaan tambahan dan syarikat yang menerima pembiayaan di bawah Skim 'Bumiputera Relief Financing (BRF)' dan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) secara automatik layak menerima inisiatif ini.


Sumber Grafik: PUNB


"Pemberian moratorium bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 ini, memberi manfaat kepada hampir 3,300 syarikat Rakan Usahawan PUNB berjumlah RM118.51 juta," katanya.


Izwan berkata, pemberian diskaun tambahan ke atas sewa premis perniagaan pula membabitkan anggaran kutipan sewa sebanyak RM6.78 juta bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dengan membabitkan 246 penyewa.


Sebarang pertanyaan mengenai moratorium, Rakan Usahawan boleh menghubungi Pegawai Pemantauan yang ditugaskan menyelia akaun melalui telefon atau e-mel masing-masing.



3 views0 comments

Comments


bottom of page