top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Public Bank Tawar Promosi Menarik Cuti-Cuti Malaysia



Public Bank menawarkan pelbagai manfaat menarik kepada ahli kad kredit dan debit termasuk untuk penerbangan, penginapan, makanan dan minuman serta aktiviti percutian di Malaysia menerusi promosi Cuti-cuti Malaysia sempena pembukaan perjalanan rentas negeri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam kenyataan media pada 18 Oktober 2021/Isnin berkata Public Bank terus menyokong pelanggan terjejas oleh COVID-19 di tengah-tengah pemulihan ekonomi.


Katanya promosi Cuti-cuti Malaysia ini membantu perniagaan tempatan terjejas selepas satu setengah tahun bergelut dengan COVID-19.


"Sebagai bank peneraju di Malaysia yang mempunyai cawangan di semua bandar di Malaysia dan mempunyai asas perniagaan saudagar yang luas, Public Bank bekerjasama dengan BIGLIFE (pengendali program BIG Rewards) bagi membolehkan ahli kad menikmati 100 peratus Bonus BIG Points apabila membuat penebusan pakej


"Selain itu, ahli kad juga boleh menikmati diskaun menarik daripada Agoda dan Klook untuk tempahan bilik dan aktiviti di hotel tanpa perlu berbelanja jumlah minimum," kata , Tan Sri Tay Ah Lek.


Tawaran menarik itu ditawarkan untuk Hotel terkemuka seperti The Danna Langkawi, Avani Sepang Goldcoast Resort, Eastern and Oriental Penang, Lexis Suites Penang, Fahrenheit Suites KL, The Chow


Kit Hotel – an Ormond Hotel, Corus Hotel Kuala Lumpur, MoMo's Kuala Lumpur.


Selain itu, ahli kad juga boleh mengunjungi Best Western i-City Shah Alam, Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands, Swiss-Garden Beach Resort Kuantan, Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Port Dickson serta Tune Hotel untuk pengalaman menarik meliputi penginapan, spa, makan dan minum dengan diskaun selain penjimatan menakjubkan.


Beliau berkata, promosi Cuti-cuti Malaysia Public Bank dapat menghilangkan kerinduan orang ramai untuk berehat dan bercuti.


"Persediaan bagi peralihan daripada pandemik kepada endemik dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti diumumkan Kementerian Kesihatan menyaksikan pembukaan semula sektor perniagaan dan membantu melonjakkan momentum ekonomi.


"Gelembung pelancongan ke Pulau Langkawi contoh terbaik kehidupan dalam norma baharu dengan pengamalan SOP," katanya.

2 views0 comments

Comments


bottom of page