top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Public Bank Dinobat 'Bank Terbaik di Malaysia' 15 Tahun Berturut-Turut


Logo: Public Bank


Komitmen Public Bank terhadap kecemerlangan terbukti sekali lagi apabila memenangi Anugerah 'Bank Terbaik di Malaysia' untuk 15 tahun berturut-turut daripada Alpha Southeast Asia pada majlis Anugerah Institusi Kewangan ke-15, baru-baru ini.


Menambah lagi kepada kecemerlangannya yang sedia ada, Public Bank turut memenangi anugerah 'Bank Runcit Terbaik di Malaysia' untuk tiga tahun berturut-turut, lapor BH ONLINE pada 21 September 2021/Selasa.


Sebelum ini, anugerah sama dimenangi Public Bank pada 2020 dan 2018, apabila anugerah itu pertama kali diperkenalkan.


Alpha Southeast Asia berpangkalan di Hong Kong yang ditubuhkan pada Januari 2007 adalah satu-satunya dan pertama menerbitkan majalah pelaburan berkaitan institusi.


Penerbitan itu memberi tumpuan pada negara-negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.


Tidak seperti majalah kewangan perdana yang lain, pemenang anugerah institusi kewangan tahunan tidak semestinya bank terbesar dari segi saiz aset tetapi menerima anugerah berdasarkan prestasi dan pertumbuhannya sepanjang tahun lalu.
Anugerah terbabit adalah eksklusif dan terbuka kepada bank dan institusi kewangan yang ditubuhkan di negara asal berkenaan atau yang beribu pejabat di Asia Tenggara.

Alpha Southeast Asia dalam kenyataannya berkata, sejak kejatuhan Lehman Brothers 14 tahun lalu, sekiranya terdapat pelabur yang menjadi penanda aras dalam mengadili bank-bank, pengadilan akan berdasarkan keteguhan kunci kira-kira bank berkenaan.


Katanya, Public Bank dengan mudah menjadi contoh unggul bagaimana bank kekal untuk melakukan hanya yang terbaik iaitu memberi pinjaman biasa dan sentiasa berada di sisi pelanggannya walau bagaimana perit persaingan yang dihadapi.


"Selaras dengan kemenangannya untuk kali ke-15 berturut-turut itu, Public Bank terus memainkan peranan yang lebih besar dan memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan tahun demi tahun, menjadikannya sebagai sebuah bank yang paling dipercayai, terjamin dan kukuh di negara ini dalam margin lebih besar, berikutan pertumbuhan kukuh dalam pinjaman dan deposit pelanggan teras serta kualiti asetnya yang stabil," katanya.


Dalam laporannya, syarikat penerbitan antarabangsa itu berkata walaupun berdepan dengan persaingan yang sengit daripada bank-bank sokongan kerajaan dan bank swasta yang lain yang turut berebut untuk menduduki tempat teratas, Public Bank kekal tabah dan fokus dalam segmen runcit yang berkembang dengan begitu cepat.


"Pada tahun-tahun sebelum ini, Public Bank terus mencatatkan pertumbuhan kukuh.


"Francais perbankan runcitnya menjadi bukti ketahanan dan keteguhan perniagaan, perhubungan pelanggan, orang ramai serta perjalanan prosesnya.


"Bagi Public Bank, kesemua itu adalah perkara biasa, lantaran keupayaannya untuk memenuhi permintaan dan keperluan kewangan pelanggan runcit di Malaysia," katanya.


Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, berkata adalah satu penghormatan bagi bank berkenaan untuk menerima dua anugerah daripada Alpha Southeast Asia ini.


"Sesungguhnya, ini adalah bukti kerja keras dan komitmen kami terhadap kecemerlangan.


"Semua kejayaan dan pencapaian sejak 55 tahun lalu datangnya daripada usaha yang gigih, menyebabkan Public Bank diiktiraf dalam industri ini sebagai jenama yang sinonim dengan kecemerlangan selaras dengan cogan kata, 'Kecemerlangan Adalah Iltizam Kami'," katanya.

2 views0 comments

Comments


bottom of page