top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

PROTON Perkenal Rangkaian Minyak Pelincir


Minyak pelincir diformulasi secara ekslusif oleh PETRONAS. Foto Sumber: Facebook Proton Cars


Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) melancarkan rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasi secara eksklusif oleh PETRONAS bagi kereta jenamanya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.


Roslan Abdullah dalam kenyataan media pada 15 Oktober 2021/Jumaat berkata terdapat empat gred dalam senarai Minyak Pelincir Proton (PGO) iaitu dari PGO 1 ke PGO 4, yang termasuk minyak sintetik penuh, minyak semi-sintetik dan minyak pelincir jenis mineral, yang akan kesemuanya boleh didapati di wakil servis Proton yang sah.


"Kami bekerjasama rapat dengan rakan niaga kami dalam penghasilan formulasi bagi memastikan ia mencapai tahap yang diinginkan oleh kami dan memberikan pelanggan perlindungan enjin untuk model Proton mereka dengan harga yang berpatutan.


"Dengan senarai penuh produk tersebut, keseluruhan rangkaian model dirangkumi termasuk enjin baharu TGDI yang diguna pakai pada kenderaan utiliti sukan (SUV) kami," katanya.

4 views0 comments

Comments


bottom of page