top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

PROTON Lepasi Jualan 100,000 Kenderaan, Tiga Tahun Berturut-Turut


Sumber Foto: Proton Cars


Jualan PROTON meningkat 6.2 peratus kepada 14,187 unit pada November 2021 daripada angka pada bulan sebelumnya.

Rekod itu sekali gus menjadikan jualan bagi 2021 setakat ini sebanyak 100,566 unit, melepasi paras 100,000 unit untuk tahun ketiga berturut-turut.


Prestasi PROTON pada November 2021 secara terperinci adalah pertumbuhan tiga bulan berturut-turut, dengan berbaki sebulan lagi sebelum tahun ini berakhir.


Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar dalam kenyataan media pada 3 Disember 2021/Jumaat berkata melepasi 100,000 unit dengan tempoh berbaki sebulan lagi adalah pencapaiann baik pihaknya selepas mengalami gangguan pandemik COVID-19.


"Kami yakin dapat mengakhiri tahun ini dengan peningkatan jumlah jualan. Ini akan menjadikan kami jenama nasional tunggal yang meningkat dari segi jualan dan pegangan pasaran tahun ini.


"Ini memberikan kami asas kukuh menuju 2022 untuk melakukan proses konsolidasi dan meningkatkan kedudukan di pasaran domestik dan antarabangsa," kata Roslan Abdullah.


Menurut PROTON, November adalah bulan aktif bagi industri automotif Malaysia dengan pelancaran model-model baharu serta laporan mengenai lanjutan insentif tempoh bebas cukai yang memberikan keterujaan bagi pembeli kereta.

Isu bekalan komponen terus menjadi perhatian semua pembuat kenderaan, namun keseluruhannya jenama dengan jumlah unit yang mencukupi akan berada pada tahap yang selesa, jelas pembuat kereta nasional itu.


Saga mencatatkan jualan bulanan terbaik sejak Disember 2020 dengan 5,666 unit dan ini memberikan peluang untuk model tersebut sekali lagi muncul di tangga teratas jualan model terbaik di Malaysia yang kali terakhir dipegangnya pada September lalu.



Sumber Foto: Proton


Ia juga kekal sebagai juara sedan segmen-A, satu kedudukan yang diharapkan dapat dikekalkan sehingga akhir 2021, tambahnya.


"Tidak ketinggalan, Proton X50 merekodkan penyerahan kepada pelanggan yang cemerlang pada November apabila 4,010 unit diserahkan. Ini peningkatan yang baik berbanding 3,839 unit pada Oktober, menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) pintar segmen-B sebagai jualan terbaik bagi kelasnya dan bagi segmen SUV.


"Proton X70 juga terus berhasil dari segi jualan dengan 1,901 unit dihantar kepada pelanggan, menjadikannya jauh lebih ke hadapan dalam kelas SUV segmen-C," menurut PROTON.



4 views0 comments

Comments


bottom of page