top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

PKS Mampu Pulih Jika Ekonomi Mula Dibuka



Langkah membuka ekonomi beransur-ansur penting bagi memastikan pemulihan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dimulakan segera, tegas SME Corp Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia berkata, pembukaan beberapa sektor ekonomi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu mengambil kira beberapa aspek seperti kapasiti dan ujian saringan COVID-19 serta pelaksanaan program pemvaksinan.


Rizal Nainy berkata kaji selidik dijalankan SME Corp Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mendapati sektor PKS amat terkesan dan mungkin tidak dapat bertahan jika perniagaan mereka terus ditutup sehingga Oktober.


Beliau berkata, keadaan itu jelas terbukti pada tahun lalu, PKS menanggung kerugian sebanyak RM40.7 bilion berikutan pelaksanaan PKP yang menyebabkan kebanyakan perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Katanya, antara cabaran utama dihadapi PKS jika perlu menutup perniagaan dalam jangka masa panjang adalah kekangan aliran tunai perniagaan serta gangguan rantaian bekalan, lapor BH Online pada 5 Ogos 2021/Khamis.


Oleh itu, jelasnya, PKS bukan saja memerlukan pembiayaan, tetapi juga perlu mempertingkatkan kemahiran, keupayaan dan kapasiti serta bimbingan.




2 views0 comments

Comments


bottom of page