top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Permintaan Produk Kewangan Islam Kukuh, Berkembang Pantas




Permintaan kukuh terhadap kewangan Islam semakin berkembang pantas berbanding dengan perbankan konvensional mengimbangi sebahagian kesan daripada cabaran dihadapi industri, kata Moody's Investors Service.


Menurut nota penyelidikan pada 20 September 2021/Isnin, Moody's menjelaskan keuntungan bank-bank Islam terjejas ekoran kadar faedah rendah, persekitaran operasi masih suram di samping kos peruntukan yang tinggi Bank-bank Islam di negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Asia Selatan dan Asia Tenggara kini menumpukan kewangan runcit berisiko rendah, yang membantu melindungi kualiti aset susulan pemulihan ekonomi di seluruh rantau berkenaan yang tidak sekata.


Penganalisis Moody's berkata toleransi pengawalseliaan melindungi penyusutan jumlah pinjaman dicatatkan bank-bank, dan kos peruntukan tinggi pula terus mempengaruhi keberuntungan namun, modal dan penampan mudah tunai mereka sewajarnya menyerap kerugian yang tidak dijangkakan dengan selesa.


Badis Shubailat berkata pengukuhan dalam lingkungan pasaran perbankan Islam yang terasing memberikan peluang selain kawal selia bank-bank Islam kekal baik melebihi syarat minimum.


"Mudah tunai mereka juga teguh, menunjukkan pertumbuhan deposit memandangkan pelanggan mengurangkan perbelanjaan berikutan ketidaktentuan ekonomi.


"Bank-bank pusat di kebanyakan negara juga telah melonggarkan keperluan rizab dan terus menyediakan sokongan mudah tunai kepada bank-bank," katanya.

Shubailat berkata pasaran perbankan Islam utama mengukuh sejak tahun-tahun kebelakangan ini susulan sektor itu berusaha meningkatkan penjanaan perolehan di samping mengurangkan kos.


"Kami menjangkakan lebih banyak bank Islam melakukan penggabungan, khususnya bank-bank yang kecil digabungkan oleh pesaing yang besar," katanya.


Beliau berkata di rantau GCC, bank Islam dalam beberapa kes bergabung dengan bank konvensional.



2 views0 comments

Comentários


bottom of page