top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Pelancongan Kembali Jadi Penyumbang, Pemacu Utama Ekonomi




PELANCONGAN | Pembukaan sempadan negara mulai 1 April 2022 bakal memacu aktiviti pelancongan domestik selepas terjejas teruk akibat pandemik, sekali gus mengembalikan semula industri itu sebagai antara 10 penyumbang utama ekonomi negara, kata Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

BH ONLINE pada 31 MAC 2022 melaporkan Mohammad Faeez Mohamad Fadhlillah, berkata pembukaan semula pintu masuk ke Malaysia adalah tepat pada masanya.


Katanya, langkah pembukaan itu juga bakal menghidupkan semula industri yang terkesan, seterusnya mendorong kepada pertumbuhan positif sektor pelancongan negara.


"Ia akan menjadi permulaan kepada lonjakan aktiviti dalam industri pelancongan negara pada masa depan.


"Dengan pembukaan sempadan negara, kita jangkakan ia mampu melonjak kemasukan pelancong, seterusnya merangsang ekonomi domestik," katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pengumuman rakan usahasama MATTA Fair yang berlangsung pada 9 hingga 10 April 2022.





Mohammad Faeez berkata, MATTA menjangkakan pameran yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mampu menjana jualan sehingga RM40 juta.


"Dengan pembukaan semula pintu sempadan, ia akan menggalakkan orang ramai melancong. Galakan ini juga dijangka menyumbang kepada kepada kehadiran pengunjung ke MATTA Fair.


"Kami jangka lebih 20,000 pengunjung akan hadir ke pameran ini," katanya.


MATTA Fair bakal membawakan antara lain kira-kira 348 pempamer, 86 organisasi, 29 agensi pelancongan dan tujuh pejabat pelancongan kebangsaan.

15 views0 comments

Commenti


bottom of page