top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Pasaran e-dagang Malaysia Dijangka Cecah RM1 Trilion Pada 2022



Pasaran e-dagang Malaysia disasarkan untuk terus melepasi paras RM1 trilion tahun 2022, sekali gus mengulangi pencapaian tahun 2021 yang buat pertama kalinya mencecah angka berkenaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

BH ONLINE pada 7 APRIL 2022 melaporkan Mahadhir Aziz berkata berdasarkan data dimiliki pihaknya dan juga trend semasa, urus niaga e-dagang di Malaysia boleh sekali lagi melebihi RM1 trilion tahun 2022, konsisten dengan sasaran MDEC menjelang 2025.


"Kita semua berada di landasan yang betul dalam mencapai aspirasi negara, iaitu merekodkan RM1.65 trilion menjelang 2025. Ini disokong melalui pendekatan satu negara dalam Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang (NESR), yang diterajui oleh MDEC.


"Pencapaian luar biasa yang dicapai pada tahun lalu boleh disandarkan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyumbang kepada lonjakan ketara transaksi e-dagang.


"Namun, momentumnya ketika ini sudah ada dan disebabkan itu, kita perlu membawa program baharu dan lebih meluas yang meliputi semua aspek demografik e-dagang. Ini bagi membolehkan momentum perbelanjaan dalam talian terus dikekalkan pada masa akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran JomCelikDigital Dengan Meta secara maya, pada 7 April 2022.


Mengenai inisiatif itu Mahadhir berkata, ia selari dengan program #SayaDigital MDEC, yang bukan hanya memberi kemahiran diperlukan untuk berkembang dalam masa depan digital, tetapi menjadi daya penggerak memacu ekonomi digital ke arah mencapai status negara digital berdaya saing di peringkat antarabangsa.


"Inisiatif ini membantu rakyat membina kemahiran penting di kala pengetahuan digital diperlukan dalam kesemua sektor ekonomi.


"MDEC memuji dan menyokong insiatif Meta Malaysia ini, yang akan menyumbang ke arah perkembangan dan penciptaan peluang pekerjaan," katanya.


Sementara itu, Tan berkata, semakin banyak perniagaan menggunakan teknologi sebagai cara bekerja, menjadikan akses saksama kepada peralatan digital yang bermanfaat menjadi semakin penting.


Katanya, ia selari dengan matlamat Malaysia untuk menjadi pusat e-dagang di rantau ini dan keseluruhan agenda rangka tindakan ekonomi digital.



3 views0 comments

Comments


bottom of page