top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Nilai AirAsia Lebih AS$1 Bilion, Dinobat Syarikat Unikorn ASEAN




Transformasi AirAsia sebagai syarikat perjalanan dan gaya hidup disokong data dan teknologi diperakui sebagai salah satu daripada tiga Unikorn Asean berpusat di Malaysia oleh laporan Credit Suisse baru-baru ini selain Carsome dan Edotco.

Credit Suisse melaporkan ekonomi digital dipacu perubahan struktur dan tingkah laku pengguna berikutan COVID-19 mempercepatkan proses digitalisasi.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group dalam kenyataan media pada 13 OPktober 2021/ Rabu berkata dengan nilai syarikat ditaksirkan lebih AS$1 bilion, perniagaan digitalnya mencapai status Unikorn dalam jangka masa kurang dua tahun sejak ia mempercepatkan momentum pertumbuhan perniagaan bukan penerbangan semasa sekatan perjalanan berikutan pandemik.


Beliau berkata, ia bukti kukuh kepada industri bahawa strategi AirAsia untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat penerbangan dalam era digital bukan saja berada di landasan tepat, malah menjadikan jenama AirAsia pemain utama sektor e-dagang dan perkhidmatan penghantaran di ASEAN.


Jelas beliau AirAsia seharusnya tidak lagi hanya dikenali sebagai hanya syarikat penerbangan. Kini kami adalah kumpulan perkhidmatan digital.


"Walaupun asas kami industri penerbangan, kini kami menawarkan lebih banyak perkhidmatan, seperti airasia Super App sendiri dengan lebih 15 tawaran perjalanan dan gaya hidup berbeza yang melengkapi satu sama lain, serta cabang teknologi pendidikan yang terus berkembang iaitu airasia Academy.


"Kami juga mempunyai cabang kargo dan logistik yang semakin berkembang iaitu Teleport serta perniagaan perkhidmatan kewangan BigPay yang menawarkan penyelesaian teknologi kewangan mantap dan bakal menjadi bank maya pertama di ASEAN," kata Tan Sri Tony Fernandes.

Dari segi syarikat penerbangan, Fernandes berkata, AirAsia mempunyai francais restoran dan kumpulan perniagaan makanan iaitu Santan, dan syarikat kejuruteraan udara iaitu Asia Digital Engineering (ADE) yang akan mengubah perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau ini.



Beliau berkata, AirAsia juga mempunyai perkhidmatan pengendalian darat yang menerajui industri iaitu Ground Team Red (GTR) dan semuanya semakin berdaya maju dan diperkasakan oleh era digital.


"Kami syarikat digital sejak penubuhan kami. AirAsia syarikat penerbangan pertama di Asean yang menjual tiket penerbangan dalam talian dan mengendalikan pembayaran digital untuk berjuta-juta pengguna dalam talian buat pertama kali pada 20 tahun lalu.


"Perjalanan transformasi utama kami bermula lebih dua tahun lalu, sebelum COVID-19 melanda, apabila saya menyedari kami mempunyai aset yang besar dalam jenama, data dan kakitangan kami.


"Apa yang positif dalam keadaan pandemik ini adalah ia membantu kami untuk memacu rancangan transformasi lebih cepat dan kami melihat peluang amat besar untuk mensasarkan lebih 700 juta orang di Asia Tenggara, salah satu populasi digital paling cepat berkembang," katanya.


Fernandes berkata, fungsi menghubungkan Asean sudah menjadi sebahagian daripada AirAsia sejak awal lagi dan pihaknya terus melakukannya.


Beliau berkata, pada dasarnya, syarikatnya kini adalah syarikat perkhidmatan penghantaran yang menghubungkan orang ramai, menghubungkan destinasi dan menghantar pakej dan bungkusan, menyediakan produk teknologi kewangan dan pendidikan dalam talian.


Katanya, tujuan syarikatnya adalah untuk menjadi syarikat pengedaran digital yang paling popular, menguntungkan dan menawarkan kos terendah di Asia Tenggara.


"Untuk menyokong perkembangan pesat ini, AirAsia mengalami transformasi menjadi sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup, termasuk AirAsia Aviation Limited, Asia Digital Engineering (ADE), Santan Restaurant, Ground Team Red (GTR), airasia Super App, Teleport, dan Bigpay," katanya.


Fernandes berkata, apa yang membezakan AirAsia daripada pesaingnya dalam arena digital adalah data berkualiti mengenai pelanggan yang dibina selama lebih 20 tahun, jenama dikenali ramai memberikan pengalaman luar biasa kepada dan ganjaran hebat kepada pelanggan.


Dengan kelebihan itu, beliau berkata, pihaknya tidak perlu bermula daripada sifar dan mempunyai kelebihan perkhidmatan dan pelanggan sedia ada selari teras utama AirAsia usentiasa memberikan nilai terbaik.


"Saya yakin dengan strategi bahawa kami tidak memerlukan pelaburan besar untuk mencipta sesuatu dari awal seperti syarikat lain dan bahawa pasukan saya dapat memberikan perkhidmatan terkemuka di dalam industri dengan kos lebih rendah.


"Saya yakin dan percaya kami menjadi pemain utama dalam ekonomi digital di Asean. Baru-baru ini, kami juga memenangi kategori Inovasi Perniagaan di Anugerah Strategi Penerbangan 2021.


"Pesaing kami melihat kejayaan kami, dan kami terus berusaha memberikan inovasi dan kerjasama baharu yang menggegarkan industri ini, seperti mana kami merevolusikan industri penerbangan Asean pada 20 tahun lalu," katanya.

6 views0 comments

Comments


bottom of page