Foto Sumber: Facebook Mr DIY
Pengendali runcit terkemuka di negara ini, MR DIY Group (M) Bhd mengurangkan secara kekal harga pelitup muka dan pelindung muka sempena pelancaran kempen 'Poket Selamat 7'.
Sejak 15 September 2021, harga pelitup muka tiga lapis dikurangkan kepada RM5 sekotak berbanding RM5.90 sekotak sebelumnya dan pelindung muka pula dikurangkan kepada RM5.90 berbanding RM7.90 sebelumnya.
Naib Presiden Pemasaran MR DIY berkata pelaksanaan kempen 'Poket Selamat 7' tepat masanya bagi membantu rakyat kekal aman ketika mereka kembali bekerja dan sekolah, atau jika mereka perlu melancong.
"Dengan mengurangkan harga keperluan pelindung diri secara kekal, kami berharap mereka dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mudah tanpa menjejaskan kocek mereka.
"Ini adalah kaedah paling pasti untuk memastikan bahawa seluruh masyarakat akan selamat," kata Andy Chin dalam kenyataan media pada 21 September 2021/Selasa.
Foto Sumber: Tangkap Layar Laman Sesawang MR DIY
Pengumuman itu dibuat sempena dengan pelancaran kempen tahunan MR DIY 'Poket Selamat', yang menawarkan tawaran mega kepada produk popular, terlaris dan permintaan tinggi.
Dalam edisi ketujuh, diskaun sehingga 40 peratus terhadap 45 produk terpilih ditawarkan di 738 rangkaian kedai MR DIY di seluruh negara, dan juga di laman web e-dagangnya, www.mrdiy.com.my.
Sebagai sebahagian daripada kempen, MR DIY telah memperkenalkan pengurangan harga untuk perkakasan, item elektrik, telefon bimbit dan aksesori kereta, produk isi rumah, alat tulis dan mainan.
Pengurangan harga itu berkuat kuasa selama sebulan bermula 15 September 2021.
Boleh membeli-belah secara dalam talian di laman sesawang di https://invol.co/cl69neq
Comments