top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

MR DOLLAR Buka Cawangan Ke-50 Di Sunway Pyramid


Grafik Sumber: Facebook Mr Dollar

MR DOLLAR, anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR DIY), membuka kedai terbaharunya di Sunway Pyramid, menjadikan jumlah cawangannya di seluruh negara kini mencecah 50, kata Naib Presiden Pemasaran, MR DIY Group.

Andy Chin dalam kenyataan media pada 4 November 2021/Khamis berkata MR DOLLAR berazam untuk membantu lebih ramai rakyat mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga berpatutan.


Beliau berkata, rakyat boleh mendapatkan pelbagai jenama makanan kegemaran mereka seperti Maggi, Oreo, Coca Cola, dan banyak lagi di MR DOLLAR.


Katanya, jenama terbabit menawarkan pelbagai jenis produk dalam 10 kategori iaitu coklat dan manisan; snek dan biskut; bahan-bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan sejuk beku; keperluan rumah; perkakasan; serta alat tulis, mainan dan sukan yang setiap satunya berharga RM2 atau RM5.


"Matlamat MR DOLLAR adalah untuk menjadikan produk makanan dan minuman (F&B) serta keperluan rumah lebih mudah didapati lebih ramai pengguna.


"Dengan menetapkan harga 'sentiasa RM2 atau RM5', kami memastikan orang ramai dapat berbelanja dengan yakin mengikut kemampuan, di samping menjamin kualiti produk yang dibeli," katanya.

Grafik: Sumber Mr Dollar


Chin berkata, jenama MR DOLLAR semakin dikenali sejak cawangan pertamanya dilancarkan di Cheras pada Ogos 2020, dan dalam tempoh hanya setahun, syarikat berjaya membuka cawangan ke-50.


"Seperti MR DIY, MR DOLLAR direka membantu rakyat memanfaatkan wang mereka sepenuhnya dan menikmati nilai terbaik daripada setiap pembelian.


"Ia adalah satu lagi cara kami menyampaikan janji 'Harga Sentiasa Rendah' kepada lebih ramai rakyat. Kami teruja terus mengembangkan rangkaian kedai dan menjadikannya lebih mudah diakses," katanya.


Bersempena upacara pembukaan cawangan baharu di Sunway Pyramid, MR DOLLAR menawarkan promosi 'You Shop, We Pay!' dari 5 hingga 7 November 2021, dengan menaja sepenuhnya pembelian setiap pelanggan ke-50.


Selain harga menarik, MR. DOLLAR juga menawarkan persekitaran membeli-belah selesa, dengan lebih 12,000 pilihan produk disediakan dalam lokasi berkeluasan 8,000 kaki persegi, lorong luas dan berpendingin hawa.

1 view0 comments

Comments


bottom of page