top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

MR DIY Buka 35 Cawangan Baharu Lagi, Keseluruhan 830


Pembukaan Rasmi cawangan MR.DIY ke-738, peruncit perkakas rumah yang berkonsep EKSPRES di Jalan Telawi 4, Bangsar. Foto Sumber:Facebook DIY


MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) lebih mudah diakses bermula Oktober 2021 apabila 35 cawangan baharu dibuka di tujuh negeri menjadikan jumlah cawangan di seluruh sebanyak 830 cawangan.

MR DIY dalam kenyataan media pada 30 September 2021/Khamus berkata cawangan-cawangan terbabit terdiri daripada 14 cawangan MR DIY, tiga cawangan MR DIY Express, enam cawangan MR TOY dan 12 cawangan MR DOLLAR.


Naib Presiden Pemasaran MR DIY berkata 35 cawangan baharu itu membolehkan lebih ramai pelanggan mengakses MR DIY dengan lebih mudah dan terus memacu pertumbuhan perniagaan syarikat itu.


"Kami sedar corak pembelian berubah, pengguna memilih untuk pergi ke kedai yang berhampiran dengan mereka dan mahukan kedai yang memenuhi keperluan mereka untuk pelbagai jenis produk.


"MR DIY dapat memenuhi keperluan itu memandangkan kami mempunyai 830 buah cawangan dan hampir 20,000 jenis produk


"Dalam pada itu, MR DIY Express adalah format kedai baharu kami yang direka khas untuk lokasi yang berkepadatan tinggi dan komuniti luar bandar," kata Andy Chin.



Bersaiz antara 2,000 hingga 3,000 kaki persegi, kedai MR DIY dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan diperlukan komuniti di kawasan tersebut


"Kami menggunakan analisis data teliti mengenal pasti trend pembelian di lokasi berbeza kemudian mengisi stok sesuai di cawangan tersebut untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan format peruncitan moden kami yang relevan dan bermanfaat."


Selain itu, Chin berkata 'Grand Opening Event' (GOE) dilancarkan tahun 2021, dijalankan pada dua hujung minggu pertama bulan Oktober di cawangan-cawangan baharu terbabit.


Ini kali keempat MR DIY menjalankan kempen tahunan itu.


Bersempena GOE tahun ini, MR DIY memberi 41,000 hadiah percuma lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu itu.


Membeli-belah secara dalam talian di DIY > https://invol.co/cl6fszn

4 views0 comments

Comments


bottom of page