top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

MFM Kembali Pulih, Catat Untung RM128.31 juta


Foto Sumber: Facebook Malayan Flour Mills Bhd


Malayan Flour Mills Bhd (MFM) kembali pulih dengan keuntungan bersih sebanyak RM128.31 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021, berbanding kerugian bersih sebanyak RM4.48 juta dalam tempoh sama pada tahun lalu.


Pendapatan naik kepada RM576.17 juta daripada RM525.54 juta sebelum ini, lapor BERNAMA pada 20 Ogos 2021.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 20 Ogso 2021, MFM berkata perolehan lebih tinggi itu berdasarkan peningkatan jualan dicatatkan dalam segmen perniagaan tepung dan bijirin serta pengilangan makanan akuatik, masing-masing meningkat sebanyak 9.3 peratus dan 30.1 peratus.


"Laporan prestasi kewangan Dindings Tyson Sdn Bhd (DTSB), mewakili perniagaan ayam dan pengilangan makanan melalui Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (DPDC) dan pemprosesan ayam melalui Dindings Poultry Processing Sdn Bhd (DPP), sehingga 31 Mei 2021 telah dinyatakan sebagai operasi yang dihentikan pada suku tahun tersebut berakhir 30 Jun 2021.


Pada 2 Februari 2021, MFM dan DTSB telah memeterai perjanjian pemindahan saham untuk memindahkan semua saham biasa dalam DPDC dan DPP pada 5 Februari 2021.


"Selain daripada laporan prestasi daripada operasi yang dihentikan, terdapat keuntungan penjualan sekali sahaja sebanyak RM126.2 juta dicatatkan pada 31 Mei 2021," katanya.


Mengenai prospek, kumpulan itu menjangka prestasi pada 2021 akan terus mencatatkan keuntungan walaupun menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu, harga komoditi yang turun naik, kadar pertukaran asing dan impak berpanjangan daripada pandemik COVID-19.


Ia turut menjangka impak positif daripada kerjasama dengan Tyson International Holding Company terhadap perniagaan integrasi penternakan.



0 views0 comments

Comments


bottom of page