top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Menarik! Celcom Tawar Pakej Peranti RM1




Celcom menawarkan pakej hebat terbaharu melalui tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin yang memberikan anda telefon pintar 4G pada harga RM1.


Pakej Peranti RM1 ini turut disertakan pelan pascabayar MEGA™ dengan kontrak selama 24 bulan.


Telefon pintar yang ditawarkan Celcom ini adalah daripada jenama terkenal dan bernilai antara RM1,000 hingga RM2,000 namun ditawarkan pada harga istimewa iaitu RM1.
Antara peranti yang boleh dijadikan pilihan adalah Vivo Y20, OPPO A54, Vivo Y20s dan Vivo, masing-masing disertakan pelan pascabayar Celcom MEGA™ M Pass, Celcom MEGA™ M Plus Pass atau Celcom MEGA™ L Pass.

Tawaran terhad sah sehingga 16 September 2021 ini memberikan anda peluang menikmati panggilan berkualiti tinggi Celcom HD Voice terhebat bersama yang tersayang.


Panggilan video dan suara mahupun pesanan ringkas di laman sosial memadai untuk dijadikan pengubat rindu selepas lama tidak berjumpa.


Selain itu, ia turut memberikan penjimatan dan nilai berganda ketika tempoh pandemik memandangkan ramai di antara kita menghadapi krisis kewangan.


Dapatkan telefon pintar 4G baharu anda pada harga RM1 dari Celcom Online Shop, Celcom Bluecube atau Rakan Rasmi Celcom seluruh negara hari ini.


Tawaran terbuka untuk pelanggan baharu dan sedia ada Celcom.


Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin, layari laman web, Facebook dan Twitter Celcom atau aplikasi Celcom Life.

2 views0 comments

Comments


bottom of page