top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

McDonald's Malaysia Bayar Zakat RM6.5 juta Sejak 2017


Logo McDonald's


McDonald's Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM6.5 juta sejak lima tahun lalu, kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya,

Azmir Jaafar berkata restoran makanan segera yang beroperasi di Malaysia sejak 1983 itu mula membayar zakat perniagaan pada 2017 selepas diambil alih Lionhorn Pte Ltd, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.


"Kami (McDonald's Malaysia) sudah memasuki tahun kelima membayar zakat perniagaan. Untuk tahun ini, kami bayar zakat perniagaan sejumlah RM2 juta berbanding RM1 juta pada tahun lalu yang diagihkan kepada semua 14 negeri (agensi pungutan zakat) di Malaysia.


"Insya-Allah, tahun akan datang kami harap perniagaan makanan segera terus berkembang dan akan terus tunaikan zakat dengan nilai lebih tinggi demi kebajikan asnaf," katanya lapor BERNAMA pada 17 November 2021/Rabu.


Menyifatkan pembayaran zakat perniagaan tahun ini sebagai jumlah terbesar, Azmir berkata ia selaras dengan pengiktirafan McDonald's Malaysia sebagai entiti perniagaan pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).


McDonald's Malaysia turut menerima pengiktirafan sama daripada Lembaga Zakat Selangor, katanya.



5 views0 comments

Comments


bottom of page