top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Maybank Sedia Platform Dalam Talian Lonjak Niaga


Foto: Sumber Maybank.2u


Maybank berjaya membantu kira-kira 9,000 peniaga tempatan untuk pendigitalan perniagaan menerusi Platform Sama-Sama Lokal (SSL) yang dilancarkan pada April 2020.


BH ONLINE pada 16 Ogos 2021/ Isnin melaporkan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan, berkata platform SSL bertujuan membantu peniaga kecil tempatan yang terjejas untuk mentransformasikan perniagaan dan mewujudkan kehadiran dalam talian bagi menjangkau 12 juta pelanggan Maybank.


Katanya, ia sekali gus membolehkan peniaga menjana jualan berlipat kali ganda walaupun ketika berada dalam sekatan pergerakan.


"Sewaktu negara kita dilanda COVID-19 pada Mac tahun lalu, Maybank menerima pelbagai maklum balas mengenai cabaran dihadapi peniaga kecil tempatan disebabkan sekatan pergerakan dan cabaran lain yang menjejaskan perniagaan mereka.
"Justeru, pada masa yang singkat iaitu pada April 2020, Maybank membina dan melancarkan platform digital SSL bertujuan menyelesaikan masalah dihadapi peniaga dengan meningkatkan capaian jumlah pelanggan, mewujudkan pendidikan jualan sewaktu menjalankan perniagaan dalam talian dan memperluaskan pengetahuan mengenai pemasaran digital," katanya.

Beliau berkata Maybank bekerjasama dengan beberapa syarikat penghantaran untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada peniaga untuk mengembangkan jualan dan rangkaian perniagaan mereka.


Hamirullah berkata, 100 peratus hasil titik peluh peniaga terbabit dinikmati sepenuhnya oleh mereka kerana Maybank tidak mengambil sebarang komisen atau mengenakan yuran dan caj tersembunyi ke atas peniaga berkenaan.



3 views0 comments

Comments


bottom of page