top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Maxis Sedia Khidmat Roaming 5G




Maxis Bhd muncul syarikat telekomunikasi pertama dalam negara menyediakan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G kepada pelanggannya di Singapura, Thailand dan Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Gokhan Ogut dalam kenyataan media pada 15 Oktober 2021/Jumaat berkata pihaknya teruja dengan pencapaian ini, terutamanya dengan kerajasama rakan-rakan perayauan di tiga negara berkenaan.


"Kami harap perkhidmatan yang disediakan dapat memberi kelajuan 5G yang luar biasa kepada pelanggan. Ini adalah bukti komitmen utuh kami untuk membolehkan individu dan perniagaan Terus Menerajui dengan pengalaman kesalinghubungan terbaik di mana sahaja mereka berada.


"Kami harap pelanggan juga menjaga keselamatan diri dan mematuhi SOP ketika dalam perjalanan," katanya.


Setelah tiba di salah satu dari tiga destinasi ini, pelanggan dapat memilih rangkaian Singtel di Singapura, AIS di Thailand, atau Telkomsel di Indonesia.


Perkhidmatan perayauan 5G diaktifkan secara automatik pada peranti berkemampuan 5G.


Pelanggan Maxis yang menggunakan perayauan 5G dikenakan bayaran sama berdasarkan pakej perayauan 4G tanpa caj tambahan .


Pelanggan hanya perlu mengakses aplikasi Maxis dan klik pada banner Maxis Roaming untuk melanggan rancangan pilihan.


Pelanggan Hotlink pula boleh mengaktifkan perayauan data melalui Pass Roam Data untuk melanggan. Sebagai alternatif, mereka juga boleh melanggan secara manual dengan mendail * 100 #, pergi ke 'International Roaming', pilih 'Country' dan pilih salah satu pas yang ada.


Maxis juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan perayauan 5G ke destinasi popular lain pada akhir 2021.



2 views0 comments

Opmerkingen


bottom of page