top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Maxis Rekod Untung RM325 Juta Suku Ketiga 2021



Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih rendah sedikit kepada RM325 juta dalam suku ketiga yang berakhir 30 September 2021, daripada RM364 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 29 Oktober 2021/Jumaat.

Hasil, bagaimanapun naik kepada RM2.26 bilion daripada RM2.21 bilion disumbang oleh hasil perkhidmatan yang tinggi RM2.03 bilion susulan perniagaan pascabayar dan gentian lebih baik.

Hasil perkhidmatan pascabayar bagi suku ketiga 2021 meningkat kepada RM1.03 bilion, tetapi purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) turun 3.6 peratus tahun ke tahun kepada RM81 daripada RM84 sebulan.


Maxis berkata, penurunan ARPU itu disebabkan terutama kesan daripada peningkatan pelanggan yang mengguna pakai Hotlink Pascabayar nilai pertambahan.


Hasil perkhidmatan prabayar turun 4.5 peratus kepada RM685 juta pada suku ketiga 2021 dan ARPU rendah sedikit pada RM39 sebulan daripada RM40 pada suku ketiga 2020.


Bagi sambungan gentian, kumpulan menambah 88,000 langganan kepada 512,000.


Maxis berkata, kumpulan itu kekal berada dalam kedudukan kewangan baik dalam mengharungi krisis COVID-19.


"Lembaran imbangan kami kekal kukuh dan pembiayaan serta kecairan kami juga baik," katanya.



2 views0 comments

Σχόλια


bottom of page