top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Malaysia Airlines-GE Digital Jalin Kerjasama Modenkan Kecekapan Bahan Api


Foto Sumber: Malaysia Airlines - @ironbird_spotter


Malaysia Airlines menjalin kerjasama dengan GE Digital bagi mentransformasi dan memodenkan program kecekapan bahan api syarikat penerbangan nasional itu, kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines.


Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata ia dilaksanakan dengan mengadaptasikan perisian penerbangan Fuel Insight dan FlightPulse kepunyaan GE Digital sebagai sebahagian inisiatif berterusan untuk memenuhi matlamat kelestariannya.


Beliau menyokong kelestarian dalam semua operasi adalah sentiasa menjadi matlamat utama syarikat.


Katanya, Malaysia Airlines mengharapkan kerjasama seperti ini berupaya menyumbang kepada usaha syarikat penerbangan itu untuk mempercepatkan matlamat kelestariannya.


"Digitalisasi adalah komponen teras dalam Rancangan Perniagaan Jangka Panjang kumpulan dan kami melihat usaha ini membawa nilai segera terutama dalam bidang kecekapan bahan api.
"Melalui penyelesaian ini, kami berusaha memainkan peranan yang lebih besar dalam membina legasi untuk generasi akan datang dan menambahbaik usaha kelestarian syarikat penerbangan kami sendiri," katanya dalam kenyataan media pada 5 Ogos 2021/Khamis.

Fuel Insight adalah penyelesaian pemantauan kos dan pelepasan yang berfungsi dengan memahami data daripada pesawat untuk menemui kecerdasan berharga yang membantu meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan sisa.


FlightPulse pula terus menyerahkan data kepada juruterbang, yang membolehkan mereka memvisualisasikan penjimatan dari semasa ke semasa.


Juruterbang yang memahami prestasi sendiri boleh menyesuaikan rancangan penerbangan mereka untuk memaksimumkan keselamatan dan kecekapan bahan api.


Pengurus Besar perniagaan Perisian Penerbangan GE Digital, Andrew Coleman, berkata GE komited kepada kecemerlangan alam sekitar termasuk memastikan bahawa pelanggan diberi kuasa untuk mengurangkan kesan daripada teknologi dan jejak alam sekitar di dalam operasi syarikat.


"Penyelesaian ini membantu Malaysia Airlines untuk memanfaatkan perisian bagi menambahbaik kecekapan dan mengurangkan pelepasan karbon.


"Penyelesaian ini, yang mudah dikonfigurasi dan digunakan, akan dilaksanakan oleh pasukan GE Digital Aviation Software di Austin dan Shanghai," katanya.

2 views0 comments

コメント


bottom of page