top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Mahmud Abbas Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu PKNS



Sumber Grafik: PKNS

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan pelantikan Datuk Mahmud Abbas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

Dalam kenyataan media, PKNS berkata Mahmud yang sebelum ini ialah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), akan menggantikan Siti Zubaidah Abd Jabar yang telah bersara pada 10 Ogos lalu.


PKNS berkata Mahmud menjalankan peranan penting dalam pembangunan strategik di sekitar Selangor di samping mendukung aspirasi kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf sosioekonomi di negeri berkenaan.


Mahmud mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia korporat khususnya dalam industri hartanah dan antaranya sebagai CEO di syarikat tersenarai awam Knowledge Economic City (KEC) di Madinah, Arab Saudi.


Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Brighton University juga ialah Pengarah Urusan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) selama tujuh tahun sebelum menerajui KEC dan HDC.


Kata PKNS, sumbangan dan perkhidmatan cemerlang Mahmud dalam menerajui syarikat-syarikat korporat terkemuka telah dibuktikan apabila beliau menerima pelbagai anugerah peribadi antaranya 'Chief Executive of the Year 2017' daripada Selangor Excellence Business Awards.

3 views0 comments

Comments


bottom of page