top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Laman Sesawang PROTON Permudah Cari Model Kereta



Foto Sumber: EON


Laman sesawang khusus untuk operasi PROTON dilancarkan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) bagi meluaskan rangkaian pelanggannya.


Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM dan Ketua Pegawai Eksekutif EON berkata jenama yang mempunyai kehadiran dalam talian yang menyeluruh bukan saja berpeluang besar memperolehi kejayaan tetapi menjadi teras kepada proses pembelian kereta masa kini.


Akkbar Danial dalam kenyataan media pada 10 Ogos 2021/Selasa berkata dengan lebih daripada 80 peratus pembeli kereta di Malaysia menyelidik secara dalam talian sebelum membuat pembelian, ia amat bertepatan untuk mempunyai sebuah laman sesawang yang boleh berfungsi baik melalui komputer peribadi, telefon pintar dan tablet.


"Direka dengan tumpuan kepada pengalaman pengguna, laman baharu ini menampilkan pelbagai fungsi baharu untuk memudahkan mereka mencari model-model PROTON," katanya.

Beliau berkata, EON adalah pengedar terbesar PROTON dengan sembilan cawangan di seluruh Malaysia.


Tambahnya melalui laman ini maklumat dan promosi yang paling tepat dan terkini mengenai produk kami boleh dicapai dengan mudah oleh pelanggan semasa dan juga bakal pelanggan, untuk mereka membuat keputusan pembelian kereta yang tepat.


"Kami juga berusaha untuk menawarkan ruang pameran maya bagi pembeli di Malaysia yang berpengetahuan untuk meninjau dan menempah pelbagai jenis model kereta Proton, walaupun jika bilik pameran terpaksa ditutup akibat apa-apa sebab," katanya.


Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang baharu EON baharu www.proton.eon.com.my.


4 views0 comments

Comentarios


bottom of page