top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Kos Bahan Binaan Naik Hampir Semua Kawasan Semenanjung Malaysia


Foto sumber: Unsplassed


Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan antara 0.1 dan 1.5 peratus untuk hampir semua kategori bangunan pada Ogos 2021 berbanding pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.


Ketua Perangkawan bagaimanapun berkata IKB di kawasan C (Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) mencatatkan penurunan antara 0.1 peratus bagi bangunan konkrit dua hingga empat tingkat berbumbung rata.

"IKB di Kota Kinabalu dan Sandakan (Sabah) meningkat antara 0.1 dan 2.0 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.


"Pada masa yang sama, IKB di Tawau (Sabah) turun sebanyak 0.1 peratus bagi bangunan (KT) satu tingkat, bangunan dua hingga empat tingkat (berbumbung rata), Bangunan (KT) dua hingga empat tingkat (berbumbung curam), bangunan (KT) lima tingkat dan lebih (untuk penginapan) dan bangunan (KT) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat)," kata Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan media pada 9 September 2021/Khamis.


Sementara itu, IKB di Kuching, Sarawak merekodkan pertumbuhan positif antara 0.1 dan 0.2 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.


Mohd Uzir berkata, IKB termasuk bar keluli pada Ogos 2021 bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.1 dan 1.8 peratus berbanding bulan sebelumnya bagi hampir semua kategori bangunan.
"Indeks bagi semua kategori bangunan di kawasan B mencatatkan peningkatan di antara 0.2 hingga 1.8 peratus pada Ogos 2021," jelasnya.

IKB di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau meningkat antara 0.1 dan 2.6 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali bagi cerucuk kayu yang tidak menunjukkan sebarang perubahan di ketiga-tiga kawasan.


Sementara itu, IKB di Kuching meningkat sebanyak 0.1 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali bagi bangunan kayu dan cerucuk tidak menunjukkan sebarang perubahan.






16 views0 comments

Comments


bottom of page