top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Kos Bahan Binaan Meningkat Pada Oktober 2021 - Perangkaan




Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli meningkat pada Oktober 2021 dengan kenaikan antara 0.1 dan 2.3 peratus di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan media pada 11 November 2021/Khamis berkata IKB berkenaan turut meningkat di Sabah iaitu antara 0.1 hingga 2.1 peratus dan Sarawak antara 0.1 hingga 1.5 peratus.


Harga besi menunjukkan peningkatan pada bulan berkenaan dengan Perak mencatatkan kenaikan tertinggi pada 3.4 peratus, diikuti Sandakan (2.7 peratus), Miri (2.6 peratus), Selangor dan Kuala Lumpur (2.2 peratus), Sibu (0.5 peratus) dan Kuching (0.1 peratus).


Sementara itu, Pahang menunjukkan peningkatan tertinggi harga simen dengan kenaikan sebanyak 2.0 peratus, diikuti Perak (1.2 peratus).


Keratan keluli dan logam bagi Miri dan Sandakan turut meningkat masing-masing sebanyak 3.3 peratus dan 2.3 peratus.


"Kenaikan harga bahan binaan termasuk simen, keluli dan bahan besi adalah disebabkan oleh kenaikan harga arang batu dan produk petroleum di peringkat global.


"Harga bahan binaan adalah lebih mahal selepas aktiviti pembinaan disambung semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun 2021 dan empat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) ," katanya.


Kerajaan mengumumkan semua aktiviti berkaitan sektor pembinaan dibenarkan dibuka pada 22 Oktober 2021.


"Susulan kenaikan harga bahan binaan terutama besi dan simen, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) mencadangkan Kementerian Kewangan melanjutkan Syarat Perubahan Harga sehingga tahun depan bagi memastikan projek kerajaan tidak terjejas dan boleh disiapkan mengikut jadual yang dirancang," menurut Jabatan DOSM.

2 views0 comments

Comments


bottom of page