top of page
Writer's pictureMOHD EZLI MASHUT

Kini Pelanggan KFC Boleh Tukar Ayam Jika Tidak Puas Hati



Sumber Foto: Facebook KFC

KFC memperkenalkan polisi "Rasa Kualiti Terjamin" yang membolehkan pelanggan untuk menukar mana-mana bahagian ayam goreng yang tidak memuaskan hati daripada segi kualiti.

KFC dalam kenyataan media berkata, kempen tukar ayam itu boleh dilakukan di kaunter KFC.


"Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR disediakan di restoran dan mengisi borang penukaran kemudian menunjukkan paparan 'thank you' yang ditunjukkan di skrin kepada kaunter untuk untuk menukar produk yang telah dipesan," kata kenyataan itu.


Selain itu, KFC turut melancarkan promosi terbaharu untuk waktu terhad, Jimat Siang dengan menawarkan kombo makan tengah hari pada harga diskaun.


Kombo itu bermula 10 Mei lalu dan boleh didapati dari Isnin sehingga Khamis, bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang pada harga serendah RM 7.99.


Terdapat enam variasi kombo yang boleh dipilih pelanggan iaitu Kombo Snack Plate yang beharga RM12.99, Kombo Dinner Plate (RM16.99), Kombo 1 ketul Rice Plate (RM8.99), Kombo 2 ketul Rice Plate (RM12.99), Kombo Zinger Classic (RM10.99) dan juga Kombo Colonel Burger (RM7.99).


Promosi ini boleh diperoleh dengan memesannya di restoran, bawa pulang, dan juga pandu lalu di majoriti restoran KFC di seluruh Malaysia.


Menurutnya, KFC terus komited mencipta pengalaman yang tidak boleh dilupakan tanpa merendahkan nilai dan juga kualiti yang ada untuk menggembirakan pelanggan.

4 views0 comments

Comments


bottom of page